Thursday, August 11, 2011

Panas! Hukum Ukir Inai di Jari .

Posted by tyka dins at 10:12 AM
Salam ramadhan.
This day maknanya today, tyka nak sentuh sikit ( banyak jugak ) tentang ukir inai kat tangan/kaki ni.




Tyka surf banyak banyak sumber kat internet ni rata2 nya mengatakan HARAM apabila mengukir inai di tangan.
Persoalannya,
Adakah ianya betul2 haram,atau makruh,atau sunat ataupun halal?
Ada satu hadis yang betul sahih :
Dari Ibnu Umar r.a katanya: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan Baginda mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu."
(hadis bil. 2003 : Sahih Muslim)


Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)"
(hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)

Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz: "Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu adalah kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul di hujung jari."


tyka tertarik dengan salah satu isi kandungan terselit di hadi sahih Bukhari ni,

wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir).

Sedar atau tak, ianya mengunakan TUSUKAN(alat pengukir) maknanya 
* inai ada alat pengukir dan perlu ditusuk ke kulit ke ? 


kalo mengunakan alat pengukir seperti ni ->
  






mungkin aku percayalah ianya haram. sebab perlu mengunakan teknik tusukan pada kulit.
tapi inai yang hanya pakai tiub *cute tuh takkan la sampai kene tusuk ? Hmm. *Berfikir panjang aku nak ulas ni .

Masih tak puas hati, aku search lagi hukum2 dia. *yang ni je mampu aku search*



Digalakkan bagi wanita yang telah berkahwin berhias untuk suaminya. Antara cara berhias itu ialah dengan mewarnai tangan dan kakinya dengan inai atau bahan lainnya. 


[1] Menurut ulamak; mewarnai tangan dan kaki dengan inai adalah disunatkan bagi wanita-wanita yang telah berkahwin dengan syarat mendapat keizinan suaminya. Jika tanpa keizinan beliau (yakni beliau tidak menyukainya) tidaklah harus. Bagi wanita yang belum berkahwin; hukumnya adalah makruh mengikut kebanyakan ulamak kerana tidak ada keperluan dan juga bimbang timbulnya fitnah. 


[2] Namun ada juga ulamak yang berpendapat; diharuskan bagi wanita secara umumnya untuk berinai sama ada telah berkahwin atau belum berkahwin kecuali wanita yang kematian suami dan masih dalam eddah. 


[3] Adapun bagi kaum lelaki, diharamkan mewarnai tangan dan kakinya dengan inai atau bahan lainnya kerana perbuatan tersebut meniru/menyerupai wanita yang dilaknat di dalam hadis Nabi s.a.w.; “Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki” (HR Imam al-Bukhari dari Ibnu ‘Abbas r.a.). Namun dikecualikan jika tujuan memakai inai itu adalah untuk pengubatan.

Itu adalah hukum berinai secara umumnya. Adapun berinai dengan cara mengukirnya di tangan atau kaki (yakni bukan dengan mewarnai keseluruhan tangan atau jari-jarinya), maka perbuatan itu menurut ulamak adalah makruh. Berkata Syeikh Yusuf al-Ardibili dalam kitabnya “al-Anwar li A’mal al-Abrar”; “Jika seorang wanita hendak mewarnai dua tangannya, hendaklah ia mewarnai keseluruhan dua tangannya dengan pewarna. Tidak disunatkan baginya membuat lukisan/ukiran, begitu juga mewarnakan dengan hitam, mewarnakan sebahagian jari sahaja dan memerahkan pipi. Malah diharamkan setiap satu dari perbuatan-perbuatan tersebut ke atas wanita bujang (yakni tidak bersuami) dan juga wanita bersuami jika tidak diizinkan suaminya” (2/332).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Fiqh al-Albisah Wa az-Zinah, Abdul-Wahhab Abdussalam Tawilah, hlm. 294-295.

Nota kaki;

[1] Hendaklah dipastikan bahan itu bersih dan tidak menghalang air dari sampai ke kulit semasa mengambil wudhuk.


[2] Hukum makruh ini menjadi pegangan ulamak-ulamak mazhab Hanafi, Maliki dan Syafi’ie.


[3] Antara yang mengharuskannya ialah ulamak-ulamak mazhab Hanbali.




Sebagai intihannya,
Untuk bakal pengantin, petikan di atas ada nyatakan 


Jika seorang wanita hendak mewarnai dua tangannya, hendaklah ia mewarnai keseluruhan dua tangannya dengan pewarna.Tidak disunatkan baginya membuat lukisan/ukiran.

Untuk anak dara, ianya haramunkiran inai kalau tanpa tujuan selain perubatan.
jikalau kamu was2 dengan hukum-hakam ini elakkan lah kalau seeloknya, 
tapi kalau dah nikah, bukan dah kawin ( zaman sekarang ramai yang dah kawin, nikah belum ) minta lah izin suami supaya lebih afdhal. 

Wallahualam.


*Kalau ada salah dan silap,sila2 lah tegur, tyka juga insan naif lagi hina di bumi tuhan ini. (:







    



   


5 comments:

KaSiH ILLAHI on August 11, 2011 at 10:24 AM said...

Alhamdulillah..terima kasih di atas info..sama2 mendapat manfaat ya ukhti ^_^

tyka dins on August 11, 2011 at 10:51 AM said...

sama2. (:

cik dot on August 11, 2011 at 11:44 AM said...

nice entry. ;))

Anak Perelih on November 15, 2011 at 5:22 PM said...

apasal blog ni background hitam, warna tulisan pun hitam... tak nampak langsung tulisan... sampai kena highlight tulisan... baru nampak...

tyka dins on November 15, 2011 at 5:46 PM said...

anak perelih : eh ye ker ?kite elok je. kne refresh banyak kali kot. :)

 

DUNIA AKU TIADA LIMIT Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos