Tuesday, July 23, 2013

Toleransi makin tipis.

Posted by tyka dins at 11:00 AM 0 comments
Memang benar,
bila tuhan nak menguji kesabaran hambanya,
bermacam-macam ujian bertalu menyinggah.
Baru saja mahu muhasabah diri,
sudah ada anasir syaitan.

Syaitan nirrajim.
Kenapa kau tak pernah lelah?

Ya tuhannnn.
Jahanam jahanam.
Sungguh jahanam.
Memang syaitan berjaya.

Subhanallah.
Aku tak tau la sampai bila.
Sampai bila.

Tuesday, July 16, 2013

Bahagia

Posted by tyka dins at 12:24 PM 0 comments
Kita semua ada bahagian masing-masing.
Cuma kita tak tahu bila dan bagaimana.
Siap sedialah dengan semua dugaan yang bakal datang.
Sesungguhnya, setiap dugaan akan buat kita lebih berjiwa badang.
Beringatlah ketika bahagia.
Sebab dugaan boleh datang bila-bila tanpa kita duga.
:)

Mei 27.

Posted by tyka dins at 11:24 AM 0 comments


Orang kata, benci boleh buat kita lupa orang yang kita sayang.
Boleh buat kita lupa kenangan silam.
Boleh buat kita hapuskan rindu dendam.
Boleh buat kita cepat terus pandang ke depan.

Dengan benci.
Benci orang yang pernah kita sayang.

Formula itu mungkin betul.
Sekejap.

Aku tak pilih benci untuk lupakan orang yang aku pernah sayang.
Bukan lupa, tapi meneruskan hidup tanpa dia.
Tanpa rutin yang selalu.
Tanpa jumpa yang selalu.
Tanpa call dan texting yang selalu.

Tapi aku pilih menerima.
Terima yang aku dengan dia dah tak sama.
Terima yang dia bukan aku punya.
Terima yang kita bukan untuk kita.

Walau merangkak sekali pun,
Buatlah apa yang hati terdaya.
Tabahkan hati, mata dan telinga.
Kalau ini yang Tuhan nak duga.

Belajar terima.
Terima ini bahagian kau.

Kalau orang yang kau pernah sayang happy, apa yang kau nak tengok lagi?
Happykanlah untuk dia sekali.
Percaya, kau pun akan happy juga nanti.
Mungkin lebih happy lagi.

Hidup ini pernah adil.
Cuma kita manusia yang selalu degil.

Mei dua puluh tujuh, 2013.
-by hidd mihat.
 

DUNIA AKU TIADA LIMIT Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos