Wednesday, June 27, 2012

Cita-cita berangan.

Posted by tyka dins at 2:21 PM 0 comments
Dulu,
masa darjah tiga,
cita-cita aku tulis kat dalam buku rekod
nak jadi PRAMUGARI.
yes tak perlu nak erk sangat.
Beriya betul nak jadi pramugari,
sebab dapat pergi oberseee,
jadi cantik macam kak badariah ( ex gurpren abg aku)
at last,
aku sedar diri yang aku pendek bila darjah empat.

Masa darjah empat,
cita-cita aku nak jadi ustazah.
Gara-gara aku tersayang lebih dekat ustaz.
Ustaz tu ajar aku Sirah dan aku sentiasa excellent dapat A.
Dan aku memakai tudung labuh ok. OKEY.

Masuk darjah Enam,
cita-cita aku dah bertukar.
Aku nak jadi Arkitek pulak.
Adoi.
Macam-macam betul nak jadi.
Konon-konon suka lukis rumah tepi pantai.

Sampai aku form three,
aku nak jadi guru.
Tetiba.
Sebab konon nak sumbang pahala.
Hampeh.

Sampai umur aku 23tahun ni,
aku dah masuk lembaga,
aku rasa macam nak bertukar cita-cita.
Aku nak jadi pengarah.
Serius.

Aku selidik macamana langkah-langkah nak jadi pengarah.
Lagi semangat aku membuak-buak bila semalam keluar berita
kata nak lahirkan pengarah daripada golongan wanita.
WAH.
Teruja aku kejap.
Aku sedang mencabar diri aku untuk ke arah itu.

Nak jadi pengarah ada 5 step.
Aku baru lepas 1 step.
Step 2 ondaway lepas aku beranak insyallah.

Cepat la cepat la.
Aku tak sabar nak main sign-sign.
Seronok tau dapat dokumen je, signnnnnnnnn.
Dapat je surat, signnnnnnnn.
Tu jela kerja pengarah.
HAHAHAHAHAHA.


:)


Cita-cita aku macam mustahilkan ?
Tapi tak mustahil kalau kita mencuba.
Amin.

Friday, June 22, 2012

I miss you- by yuna (incubus)

Posted by tyka dins at 1:49 PM 1 comments

Lagu i miss you yang dinyanyikan oleh Yuna sendiri. And masuk dalam carta Billboard ! Great :)

Khas untuk kau dan engkau. Oh dan engkau juga. Oh banyak nya kau. ;)

Tuesday, June 19, 2012

Kisah lama.

Posted by tyka dins at 2:01 PM 0 comments
Aku punya 1001 kisah lama yang masih menghantui hidup.
Kalau-kalau yang kau pernah nampak,
mungkin 1% daripadanya.
selebih 99% aku masih simpan dalam jantung.
Tak mahu usik.
Kalau aku usik, habis satu dunia tahu.

Kisah lama aku, yang barunya datang menghimpit untuk tahu kisah lama.
Kenapa yang baru tak boleh jadi macam aku?
Cara aku, pergi mampus.
senangkan?

Kenapa perlu nak ambil tahu kisah-kisah lama?
Mahu jadikan santapan pun bukan ke itu perit?
Perlu ke kisah lama itu dijadikan isu.

Buat kau,
aku dah lupakan segalanya.
dan jangan pula kau perasan,
yang aku maksudkan kau itu kau.
Aku kenal ramai orang.
Bukan dengan kau saja.
Faham bukan?

Kenapa kau tak boleh jadi macam aku,
ignore everything.
Kenapa?

Kenapa perlu masih tertanya-tanya akan hal kehidupan aku.
Apa yang aku tulis.
Apa yang aku gambarkan.
Apa yang aku luahkan.
Kenapa?

Dendam?
Dendam apa lagi manusia?
Aku tak pernah nak simpan sekelumit dendam langsung.
Aku sudahi dengan Alhamdulillah semuanya.
Boleh kau ikut cara aku?
Alhamdulillah aku ulang semula.

Sudah-sudah la kisah lama,
kalau kau rasa dosa yang kau buat tak terampun,
mari sini aku bisik,
aku maafkan....
Jujur.
Aku ikhlas.

Demi Allah,
aku redha.






Cerita palsu kau.

Posted by tyka dins at 1:50 PM 0 comments
Seperit mana pun hidup,
dalam dompet ada 20 sen sekali pun,
Jangan kalah.
Harus kuat.

Persetankan orang nak kata apa.
Dia ni apa dia buat dengan duit dia?
Jangan soalkan.
Serius.
Sebab kau tak tahu keperitan hidup dia.
Kau nampak dia happy.
Kau nampak dia ketawa.
Tapi ada kau nampak dia menangis ceruk gelap mengenang nasib?
Bukan minta simpati,
cuma mahu sudahkan.

Tolonglah.
Aku bukan senang.
Mungkin itu dulu.
Cuma, cukup-cukup makan.
Tapi aku tetap bersyukur.
Aku masih mampu bekerja.
Aku masih mampu menanggung segala beban.
Aku masih mampu pekakkan telinga.

Sedangkan aku ada sejuta benda belum diselesaikan.
Masalah kan aku ni?
Mungkin.
Biarlah.
Aku tak peduli.
Hidup aku.
Susah aku.
Kau ada?

Kau tahu nak kenang cerita lama,
dendam lama.
Tapi kau tahu tak,
aku nak buang cerita-cerita dulu susah?
Ada kau tahu?
Kau tahu aku ni pengkhianat.
Kononnnya.

Bangkai.

Manusia macam kau lebih elok mati daripada wujud dalam dunia.
Perosak.
Muka baik tapi hati busuk.
Perangai macam haram.
Tudung kau boleh campak.
Silakan.

Pesan aku,
Jangan tambah kesusahan aku yang ada ini dengan cerita palsu kau.
It's over.

Monday, June 18, 2012

Tiada kata untuk kau.

Posted by tyka dins at 2:43 PM 0 comments
Hari ini 18 haribulan.
Genap setahun sahih hubugan 'halal tanah melayu' aku dan kau.
Tiada hadiah yang lumayan untuk diberi dan dibagi.
Masing-masing malu untuk ungkapkan hal tarikh ini jam 1.00pagi tadi.
Masing-masing main handphone buruk masing-masing.

Sekali aku bilang,
woi, happy anniversary la woi. takda perasaan ke?
tak ingat eh?

Dia bilang,
sengaja aku diamkan. Aku nak tengok reaksi kau.

Ahai.
Aku pulak yang terkena. Okey, Aku dah cakap happy annyversary. Bye, nak tido.
Kejamkan aku?
haha.

Dia diam.

Tiba-tiba,
dia bisik happy anniversary jugak. i love you.
lepas tu sambung main game fishing.

Aku?
Suka tapi aku buat-buat tidur.
Sampai pukul 5 30pagi tadi,
aku bangun,
mandi,
gi sekolah, eh perasan, gi kerja.
pungut cukai.
Jangan kata kerajaan takda duit. semua kata pembangkang bohong belaka.
ape merepek ni?
Hahaha.

Aku cakap dengan dia takda hadiah ke?
selalu bagi popcorn kalau takda duit.
Oh.
dia bilang,
takda.

Ok. Aku faham.
Takpa lah,
aku pun takda duit.
hahaha.

Jadi, mari kita masak nasi lemak untuk raikan nya.
Eh bukan kita, tapi dia. Aku errr errr err. Aku tak seteror dia bab-bab masak.
Harap maklum.
Aku sambung menjahit manik yang tak siap-siap.

Fuhh Fuhh Fuhh.

Thursday, June 14, 2012

cerita A B dan C

Posted by tyka dins at 3:31 PM 1 comments
thesis statement aku hari ini:


------------------------------



orang cuma dengar APA yang mereka NAK dengar.

orang cuma lihat APA yang mereka NAK lihat.

orang cuma baca APA yang mereka NAK baca.





defense:

-----------



1)

aku kata A.

orang faham B.

orang marah aku.

bila tanya "siapa kata B?"

orang kata aku degil.

tak makan nasihat.



soalan.

BILA aku kata B?



2)

aku tulis A ketika aku kiaskan B.

orang cuma nampak A.

yang setuju dengan apa aku kata tentang A akan puji2.

yang setuju dengan apa aku kata tentang B akan julang tinggi.

yang tak setuju2-- maki2 dan caci2.



penyataan.

PEDULI APA aku kau setuju tidak apa aku rasa.

aku menulis APA aku rasa.



3)

aku cakap A.

A itu aku.

rupa2nya ramai yang A juga.

tersinggung hati.

perasan aku kata dia.



soalan.

kau SIAPA?







kesimpulan

-------------



BENARLAH--

orang cuma dengar APA yang mereka NAK dengar.

orang cuma lihat APA yang mereka NAK lihat.

orang cuma baca APA yang mereka NAK baca.







maka

------



janganlah perasan SEMUA BENDA dalam dunia ini berkisar tentang engkau SAHAJA.



kalau kau cari diri engkau dalam status2 manusia keliling--

kau MEMANG akan jumpa.



sebab kita manusia.

dosa kita,

pahala kita;

LEBIH KURANG sama.

cuma aplikasinya di lain2 situasi dan masa.



berhenti merasakan SEMUA BENDA adalah tentang kita.

credit to kak fyn.
 

DUNIA AKU TIADA LIMIT Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos