Friday, February 24, 2012

Perlu ke insaf muda2 ?

Posted by tyka dins at 10:04 AM 2 comments
Tajuk saya agak dingin. Perlu ke insaf muda2 ? 
Tak perlu. sebab ada 5 sebab yang terlintas,

sebab pertama : Usia masih muda, perlu enjoy.
Perlu rasa pergi clubbing, minum arak,khayal ectasy.
Baru hidup.Kalau tak, tak masyuk la. Kan?

sebab kedua     : Life's begin at 40. Nak kena tunggu umur
 cecah 40 baru boleh taubat.Rileks la. Sekarang  baru
20++, 30++, belum cecah 40. Hahaha.

sebab ketiga     : Pakai tudung buat kepala kelumumur.
 Lepas tu, susah sebab nak kenagosok la whatever  bla and bla.
 Hati tak sampai lagi seru, so what for pakai kan? Ikhlas ke
tak ikhlas ke, itu  antara kita dengan Allah. So what ?
Dosa aku, dosa aku. Dosa kau, kau tanggung sendiri. 

sebab keempat    : Beb, kolot la kau ni. Dunia sekarang
mana dan nak beralim2 sangat.Ramai je kan orang tak
insaf-insaf lagi. Still ada yang berzina lagi. Even mereka
buat jahat pun,mereka tetap kaya-raya. Hidup bahagia.
Sentuh zahir yang bukan muhrim pun standard.
Kolot la kau ni.

sebab kelima   : What the hack ? Kau nak sibuk2 hal aku kenapa ?
 Kau siapa ? Family aku pun tak bising,kau nak bising apa
 pasal ? Suka betul nak jaga tepi kain orang.Peduli la orang nak
 kata apa.Duit pakai makan aku cari sendiri.
Kau siapa nak tegur2 aku? Malaikat ?Nabi ?
                        

Sebab-sebab di atas tak "rare" mana pun. Itu normal. Aku pun pernah rasa macam tu. Tapi, Manusia sentiasa berubah kan? Dari sampah jadi wangi. Dari wangi jadi sampah. Dari rock jadi ustaz/ustazah, dari ustaz/uztazah jadi rock. Hidup memang turn over dia macam tu. Kita akan lemah-selemahnya kalau kita takda pegangan yang kuat. Bimbingan yang kuat. Sebab semua perubahan terletak pada diri kira sendiri.

Kalau dulu tak pandai masak, sekarang dah pandai masak.

#Kalau dulu tak pandai berjalan, sekarang dah jadi pelumba jalan kaki yang terhebat.

#Kalau dulu tak pandai apa-apa, sekarang ni semua dah pandai. Alhamdulillah.

#Jadi, apa yang perlu kita nak takut insaf awal-awal ? Takut orang tak nak kawan dengan kita, sebab kita ni tak puas enjoy, tak market, tak apa semualah. Wow, bagusnya .

Aku tak bagus, memang saya akui. Cuma saya dah tua. Umur pun dah 23 tahun. So makin tua ni, makin
penginsafan diri tu semakin membuak-buak. Bukan nak menunjuk yang aku ni sudah berubah, seperti apa yang aku tulis di atas, Manusia sentiasa berubah kan? Dari sampah jadi wangi.Tapi, cuma memuhasabah diri. Bukan nak berlagak, oh kau dah alim sekarang, bukan. Bukan sama sekali ya. Sebab aku sayang orang2 sekeliling aku. Marilah kita masuk syurga sama-sama. Boleh jumpa bidadara hensem. HAHAHA. ok jangan gelak.

Semalam dengar ceramah tanyalah ustaz tv 9, dia ada kata, 
Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: ‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.’”

Aha. Tepuk dada tanyalah hati.

Saturday, February 4, 2012

Hukum menghisap Shisha untuk perempuan.

Posted by tyka dins at 11:47 PM 3 comments
Perempuan itu sangat mulia darjatnya.semulia mutiara yang bersinar kalau digilap.tapi sayang, kamu sudah mensia-siakan hidup yang sepatutnya dihiasi dengan peribadi semulia mutiara. 

Aku bukan menghukum semua perempuan.tapi, aku cukup sedih kenapa kamu merosakkan tubuh mu dengan asap-asap yang “kononnya“ wangi dan sedap.

Sayang,
Tahukah kamu menghisap  shisha ini lebih teruk dari menghisap rokok? shisa lebih “direct“ laluannya ke peparu berbanding rokok yang dilindungi “filter“. dan setahu aku, masanya agak terhad iaitu lebih kurang 45minit sudah, selepas itu kamu hanya menghisap “arang“ itu.

Mungkin entri aku ini akan meng “annoyed“ perempuan-perempuan di luar sana walhal aku juga seorang perempuan. tapi setahu aku, jikalau sesuatu perkara yang boleh memudaratkan tubuh kita, hukumnya haram bukan ?

Aku bukan solehah, untuk menasihati. cuma aku prihatin.lagi-lagi untuk kaum aku.perempuan.

Kita ini mahal harganya. tiada tolok bandingnya sekalipun nilai sama erti emas 999. 

Tepuk dada tanya selera.

Friday, February 3, 2012

Cerita kau kawan.

Posted by tyka dins at 3:35 PM 1 comments
Aku bukan sesempurna perempuan lain yang juga kini sedang meniti kehidupan realiti.
Tapi aku cukup bersimpati dengan kau kerana pada mata aku engkau perempuan yang terindah halnya yang sudah tuhan ciptakan.

Kawan,

Setelah apa yang engkau lalui, aku tidak ada perkataan "magic word" untuk aku berikan,
melainkan SABAR. Kerana aku juga sedang belajar erti dugaan,cabaran,malapetaka dan segalanya.

So,

Maafkan aku jikalau bahu aku tidak cukup besar untuk menadah bersama segala duka lara kau untuk sekali ini. Cuma aku ada untuk berikan segala pendapat apa yang terlintas dihati hina aku untuk kau.

Jika dulu waktu di bangku saekolah, aku selalu berseloroh, "Cinta itu Buta". Tapi benda tu jadi kenyataan sebenarnya. kan ?

Cinta Balik

Posted by tyka dins at 2:59 PM 0 comments
Aku selalu pelik kenapa orang masih nak balik dengan pasangan dia yang dia sendiri kata ;

Dia tu baran.
Dia tu angin.
Dia tu suka mencarut.
And so on.


Kenapa?

Kenapa masih nak bersama kalau sengsara lebih banyak dari bahagia?
Kenapa masih nak kan dia kalau hanya kau je yang nak gembira dan bahagiakan dia?


Sebab orang-orang macamni dia hanya fikirkan saat bahagia mereka berdua. Bila bergaduh, tercuit sana sini, bila dia ingat masa dia bahagia, semua sakit hati dan sumpah seranah yang dia carut dalam hati boleh hilang dan dia senyum kembali.


Padam terus rasa marah.
Rasa menyampah.


Tapi selalunya orang yang ditatang bagai minyak wangi yang penuh ni tak pernah nak hargai pun. Sebab dia tau kau sendiri akan datang balik, maafkan, lupakan dan buat-buat tak ada apa jadi. Mulakan hubungan seperti sedia kala. Kemudian, gaduh balik. Ungkit balik yang kes gaduh sebelum ni. Merajuk sejam dua minit. Text balik. Tak balas. Call. Tak angkat. Menangis. Start kereta. Terus pergi rumah dia. Merayu. Minta maaf (walaupun sebenarnya bukan salah kau pun) Peluk-peluk. Menangis. Senyum.

And it goes.


Dalam setiap hubungan lelaki dan perempuan, hanya mereka berdua saja yang saling tahu baik buruk mereka. Kalau dia baran macamana sekali pun, mungkin dia manusia paling sweet dan romantik yang pernah kawan kau jumpa. Kalau dia suka mencarut pun, mungkin dia manusia paling selalu ada masa kawan kau susah tak ada duit dan sebagainya.


Ingat saat bahagia.
Untuk tutup perangai buruk dia yang ada kat kepala.
Walaupun ia sekadar alasan untuk terus kekal bersama, yang pasti mereka berdua je yang tau macamana nak handle pihak yang lagi satu. Dan kita yang sebagai pendengar ni hanya boleh dengar dan nasihat asal boleh. Nak menyelesaikan masalah depa tu memang tak eh.

And of course,


Sebab cinta dan sayang.


:)






credit susudalambotol

KHAIRUL FAHMI PUTUS CINTA? SIAPA LEUNIEY?

Posted by tyka dins at 12:06 PM 0 comments

Khairul Fahmi Apex Putus Cinta Dahlia Teck Untuk Leuniey? Penjaga gol kebangsaan yang juga selebriti terhangat Khairul Fahmi Che Mat, digosipkan putus cinta buat sesekian kalinya. Jika sebelum ini beliau putus tunang dengan Elia Jejari Runcing, kini beliau dikatakan memutuskan hubungan pula dengan Dahlia Teck... wanita yang memberikan kejutan hari jadi untuknya baru-baru ini.



Gosip hangat ini bertambah kencang apabila penulis akaun Twitter @MahsiH2 turut mendakwa yang Khairul Fahmi Che Mat mempunyai kekasih baru senegeri (Kelantan) bernama 'Leuniey Natasha'. 


Leuniey Natasha yang didakwa menjadi 'pacar' baru Khairul

Lebih memanaskan keadaan, kekasih baru Khairul didakwa baru sahaja bertunang beberapa minggu lalu tetapi minta putus tunang disebabkan 'tergilakan' Khairul.

Dakwaan putus cinta antara Dahlia Teck dan Khairul turut diperkuatkan dengan ketiadaan mereka bertwitt sejak pertengahan Januari 2012. Benarkah begitu atau ia hanya gosip yang sengaja diperhangatkan menjelangnya perlawanan yang melibatkan Malaysia?


Seperti biasa, ini hanya gosip. Anda tidak perlu percaya 100%. Untuk membaca sendiri tweets dari pereka akaun Twitter @MahsiH2, anda boleh KLIK DI SINI.

kredit: myartis.com


 

DUNIA AKU TIADA LIMIT Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos