Saturday, January 2, 2016

Kau rasa apa.

Posted by tyka dins at 12:12 AM
Reactions: 
0 comments

Hidup ni betul-betul mencabar.
Makin kita bertambah usia makin bertambah segala-galanya.
Sampai satu tahap, kau terpaksa buat benda yang bukan hak kau.
Sampai satu tahap, kau terpaksa korbankan segala rasa kau untuk menjaga perasaan orang yang kau sayang.
Sampai satu tahap, kau hidup untuk orang dan bukan untuk kau.

Ada satu masa;
Kau rasa kau perlu berambus
Kau rasa kau perlu keras hati
Hingga kau rasa hati dah jadi hitam.
Ikhlas jauh sekali.
Kenapa?

---------

Mungkin ada benar apa yang kau lontar, itu adalah diri kau.
Tapi,
Saat kau terpaksa berbohong kerana untuk hidup seperti biasa jiwa kau bersalah tak tentu hala sampai kau rasa kau paling jahanam tapi apa lagi daya kau untuk hadap.

Astaghfirullah.

Kau berdosa.
Jahanam.

Tuesday, October 6, 2015

Malam itu

Posted by tyka dins at 11:26 AM
Reactions: 
0 comments
Paling sedih,

bila anak kau minta susu kau cakap,

"Nak, malam ni susu dah habis. Kita tunggu esok ya.
Esok baru ada duit."

Kau rasa sampah sangat diri bila kau terpaksa cakap macam tu.
dan anak kau balas;

"Okay, mama."

Apa kau rasa?

Monday, July 6, 2015

Marahkan kita, anak-anak kena

Posted by tyka dins at 1:47 AM
Reactions: 
0 comments
Banyak hal yang buat aku rasa kecewa sangat sejak akhir-akhir ni. Hal yang aku tak boleh nak cakap sebab nak jaga hati. Kan dah kata, kerja nak jaga hati orang ni memang paling susah. Cakap kang, takut terasa. Tak cakap kang, kau yang gila.


Aku kecewa dengan perangai orang keliling. 
Sebenarnya aku dah lama kecewa, tapi kali ni aku sangat kecewa.

Aku tak salahkan mereka. Mungkin ada silap aku jugak yang aku tak nampak. 

Cuma, janganlah bagi tekanan pada orang lain terutama budak-budak. Nak emosi dengan dia pun buat apa? Dia bukannya faham lagi dengan keadaan sekarang. Susahlah nak explain. Kadang-kadang marahkan orang tua, budak jadi mangsa. Gertak itu ini. Kalau cakap lebih-lebih nanti terasa pulak. Fahamlah keadaan dia. Pastu orang lain bagi tekanan kat dia. 

Letih ah macamni.

kopipes hidd mihat

Posted by tyka dins at 1:45 AM
Reactions: 
0 comments
Memang ada masa, yang kau tak rasa nak cakap dengan sesiapa. Yang kau cuma perlukan cuma ruang kosong untuk kau catatkan apa yang kau rasa.

Tapi orang kadang-kadang tak faham. Dia ingat kita senyap sebab kita sombong, tak nak kongsi, buang orang keliling atau anti sosial. Tak semua hal perlu diluahkan pada manusia. Ada hal yang kau cuma perlu bercakap dengan diri sendiri dan fikir untuk selesaikannya. Kadang-kadang, bercerita dengan manusia ni buat tambah serabut sebab kita masing-masing ada pendirian sendiri.

Bagi aku mudah.

Orang yang tak ingat aku, aku anggap dia ada urusan dan hidup sendiri yang perlu dia uruskan. Sebab itu, aku jarang nak sentap kalau kawan lupa aku. Kita dah besar. Kehidupan harian kita semakin luas. Ada banyak lagi hal lain nak fikir selain daripada isu nak sentap ni. 

Kalau kau ada benda nak cakap dan cerita, cari lah aku. Aku tak akan anggap kau cuma cari aku masa susah je. Kita orang perempuan, konflik setiap hari macam-macam. Orang perempuan juga tak reti kawal emosi. Bila ada masalah, sesetengahnya akan melibatkan semua walaupun orang tu tak ada kena mengena pun.

Orang lelaki lain.
Mereka boleh duduk kejap minum kopi, hisap rokok dan tenangkan diri. Dan orang lelaki juga jarang nak cerita masalah dia pada orang lain. Mereka lebih suka cuba selesaikan sendiri atau mereka ego.

Aku cuma nak kita semua anggap yang positif jela pasal orang lain. Dia senyap, tak bermakna dia lupakan orang lain. Dia ingat. Percayalah.

Thursday, June 4, 2015

Aku rindu zuriat itu.

Posted by tyka dins at 7:06 PM
Reactions: 
0 comments

Wednesday, April 29, 2015

Hidup bagi si celaka.

Posted by tyka dins at 9:47 AM
Reactions: 
0 comments

Terkadang aku rase apakah kecelakaan
lagi akan berlaku?

Bertubi-tubi.

Ampunkanlah dosa aku tuhan.
Tapi memang rasa celaka ini
bermain sekarang.

Tanpa henti.

Monday, October 21, 2013

Cinta Hati Mama

Posted by tyka dins at 9:19 AM
Reactions: 
0 comments
Ammar Eusoff Haq
09.11.2012

Stay Tuned. Lepas ni nak update sampai muntah pasal budak kecik ni.
Yeay.
 

DUNIA AKU TIADA LIMIT Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos