Saturday, August 28, 2010

Kasih sayang

Posted by tyka dins at 5:10 PM 0 comments
Enjoy this short conversation . Its good . For you . Me ? Of course ! Terasa kot ! :)


Pada suatu hari , seorang murid bertanya kepada cikgunya . Ketika itu , si guru sedang mengajar tajuk kasih sayang .

Murid : Cikgu , macamne kita nak pilih orang yang terbaik sebagai orang yang kita paling sayang kat kita dan macamane pulak nak bagi kasih sayang tuh berkekalan ?

Guru : Ok , kamu ikut saya cakap . Kamu pergi ke padang , Kamu berjalan di atas rumput dan memandang rumput di depan kamu .Pilih yang PALING CANTIK sekali tanpa menoleh ke belakang walau apa pun terjadi . Dah petik paling cantik ,bawa ke kelas .


Apabila murid itu naik ke kelas ,tiada sehelai rumput pun berada dalam tangannya .
Cikgu bertanya.

Guru : Kenapa kamu tak bawa satu pun rumput yang paling cantik ?

Murid : Tadi , masa saya berjalan,saya carilah rumput yang paling cantik , tapi cikgu kata petik yang paling cantik , jadi saya pun teruslah berjalan ke depan pilih yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi . Tapi sampai penghujung ,saya tak jumpa pun rumput yang paling cantik . Mungkin ada di antara yang paling cantik di belakang , tapi cikgu kata jangan toleh belakang . Jadi , saya tak toleh lah .

Guru : Ya , itulah jawapannya .Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang , yang kita sayang , janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu . Kita patut hargai orang yang berada didepan kita sebaiknya , Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi .Dan ingatlah orang yang paling kita sayang ,itulah yang paling cantik dan paling baik .Walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik macam rumput yang kat belakang tadi.......




Jadi , kesimpulannya , tepuk dada tanyalah hati ! :)




Sunday, August 22, 2010

Jahit manik .

Posted by tyka dins at 12:18 AM 2 comments
Today , hari ini . bersejarah utk aku . tak kesah la . :)

benda yang aku cakap paling leceh . paling worst . paling aku tak suka .

aku dah cuba , yes !

JAHIT MANIK ! yer jahit manik !

hahahaha .. agak ramai yg terkejut . so aku tak heran sgt lah . yelah , aku kan . sape tak kenal .

hek hek hek .

macam-macam lah yang aku belajar . sampai tak ingat nama2 jahitan tuh . tulang ikan lah , pucuk rebung la , cupcake lah .

hihi .

belajar di pertama with my besfren okeh ! cik nana GEDik .

kah kah kah .

tergerak hati nak belajar manik cenggini lah gayanya !

see n tak moh kutuk2 tau . sebab aku baru first time pegang jarum !

hahah . :)

enjoy !

oh no!
;)

Thursday, August 19, 2010

: Oh IMaN UQaiL ;)

Posted by tyka dins at 2:49 PM 1 comments












iMAn UqaiL.
Baby tembam paling qute yang saya pernah jumpa . (ramai je pun jumpa sebenarnya*)
budak ini saya sangat bengang kerana dia sangat hensem ! urgh !

he he he he .

Photoshoot settle time besday baby ni . Putrajaya lokasi terbaik . Even penat nak suh dia gelak , tapi takpelah , janji okeh !
SooRy adik . acu lambat upload kerana penyakit M . Adik tau lah penyakit M tuh ape yer . ngee ;)

Enjoy !
Ini cerita iman uqail . 1 tahun .



tiba - tiba , saya hilang mood .




mamaaaaaaaaaaaaaaaaa ... ;0


saya haus la mama . ;)


Kesimpulannya , ini .

bye bye :)

Monday, August 2, 2010

Pilu seorang wanita

Posted by tyka dins at 10:54 AM 3 comments
Aku diperbuat daripada tanah .

Aku juga mempunyai perasaan .

Aku sememangnya dilahirkan sebagai wanita .

Tapi sempurna kah aku untuk kau itu aku tidak pasti .

Tempat aku adalah untuk kau tempiaskan amukan .

Mengapa ?

Sedegil-degil aku , hinakah aku dilayan sebagai binatang ?

Dipukul . Dihenyak . Dicaci . Dimaki .

Kekurangan aku itu , kau jadikan api kemarahan kau untuk membentuk aku .

Tapi inikah caranya ?

Aku yang diperbuat daripada tanah ini lah ,

yang merengkeh sesuap nasi .

yang merengkeh sesuap rezeki .

yang merengkeh menahan kesakitan .

...

Sayang bukan bermakna kau boleh melakukan aku begitu sahaja .

Air mata aku sering tertumpah .

Wahai pujangga si antartika ,

sedar lah .

Aku ini wanita biasa .

Hati aku semakin tawar .

Semakin semak dengan semua ini !

Aku penat .

Demi tuhan ,

aku bersumpah .

Setitis air mata aku , hidup kau tidak akan pernah bahagia . Amin .

* Buat si wanita yang malang .

Sunday, August 1, 2010

: Mengejar 1111

Posted by tyka dins at 3:34 PM 0 comments
Saya banyak angan - angan .

kereta saya lagi 4 tahun abis bayar .

nak tukar pakai cik honde pulak . insyaallah .

nak beli rumah .

dah ada family kot time tuh .

alhamdulillah .

sang suami , sang anak , sang kereta , sang rumah , sang agama , sang satu kehidupan . Lengkap .

Itu impian saya .
 

DUNIA AKU TIADA LIMIT Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos