Tuesday, August 2, 2011

Aku masih gagah

Posted by tyka dins at 12:07 PM
Aku masih gagah menulis .
Walau beribu rintangan, cabaran, dugaan yang melanda.
Sepalit kebahagiaan yang terpampang luas memang akan terlihat
tetapi sekelumit derita itu dipandang enteng.

Aku masih gagah menulis .
Di mana aku mahu melabuhkan derita.
Labuhkan sayap putih, menari bersama puteri.
Bilakah saat itu.

Aku masih tidak mengerti.
Walau gagah mana pun, aku jatuh rebah ke bumi.
Biar gempa terjadi.
Biar bah berlaku.
Biar ribut melanda.
Aku masih gagah menulis.

Ya. Aku masih gagah.
Tuhan.
Ampuni segala dosa aku.
Aku tau, doa perlu bertertib.
Tapi setahu aku,
Tuhan maha mendengar.
Tuhan maha melihat.
Tuhan maha segalanya.

Aku masih yakin.




0 comments:

 

DUNIA AKU TIADA LIMIT Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos