Tuesday, June 19, 2012

Kisah lama.

Posted by tyka dins at 2:01 PM
Aku punya 1001 kisah lama yang masih menghantui hidup.
Kalau-kalau yang kau pernah nampak,
mungkin 1% daripadanya.
selebih 99% aku masih simpan dalam jantung.
Tak mahu usik.
Kalau aku usik, habis satu dunia tahu.

Kisah lama aku, yang barunya datang menghimpit untuk tahu kisah lama.
Kenapa yang baru tak boleh jadi macam aku?
Cara aku, pergi mampus.
senangkan?

Kenapa perlu nak ambil tahu kisah-kisah lama?
Mahu jadikan santapan pun bukan ke itu perit?
Perlu ke kisah lama itu dijadikan isu.

Buat kau,
aku dah lupakan segalanya.
dan jangan pula kau perasan,
yang aku maksudkan kau itu kau.
Aku kenal ramai orang.
Bukan dengan kau saja.
Faham bukan?

Kenapa kau tak boleh jadi macam aku,
ignore everything.
Kenapa?

Kenapa perlu masih tertanya-tanya akan hal kehidupan aku.
Apa yang aku tulis.
Apa yang aku gambarkan.
Apa yang aku luahkan.
Kenapa?

Dendam?
Dendam apa lagi manusia?
Aku tak pernah nak simpan sekelumit dendam langsung.
Aku sudahi dengan Alhamdulillah semuanya.
Boleh kau ikut cara aku?
Alhamdulillah aku ulang semula.

Sudah-sudah la kisah lama,
kalau kau rasa dosa yang kau buat tak terampun,
mari sini aku bisik,
aku maafkan....
Jujur.
Aku ikhlas.

Demi Allah,
aku redha.






0 comments:

 

DUNIA AKU TIADA LIMIT Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos