Seperit mana pun hidup,
dalam dompet ada 20 sen sekali pun,
Jangan kalah.
Harus kuat.
Persetankan orang nak kata apa.
Dia ni apa dia buat dengan duit dia?
Jangan soalkan.
Serius.
Sebab kau tak tahu keperitan hidup dia.
Kau nampak dia happy.
Kau nampak dia ketawa.
Tapi ada kau nampak dia menangis ceruk gelap mengenang nasib?
Bukan minta simpati,
cuma mahu sudahkan.
Tolonglah.
Aku bukan senang.
Mungkin itu dulu.
Cuma, cukup-cukup makan.
Tapi aku tetap bersyukur.
Aku masih mampu bekerja.
Aku masih mampu menanggung segala beban.
Aku masih mampu pekakkan telinga.
Sedangkan aku ada sejuta benda belum diselesaikan.
Masalah kan aku ni?
Mungkin.
Biarlah.
Aku tak peduli.
Hidup aku.
Susah aku.
Kau ada?
Kau tahu nak kenang cerita lama,
dendam lama.
Tapi kau tahu tak,
aku nak buang cerita-cerita dulu susah?
Ada kau tahu?
Kau tahu aku ni pengkhianat.
Kononnnya.
Bangkai.
Manusia macam kau lebih elok mati daripada wujud dalam dunia.
Perosak.
Muka baik tapi hati busuk.
Perangai macam haram.
Tudung kau boleh campak.
Silakan.
Pesan aku,
Jangan tambah kesusahan aku yang ada ini dengan cerita palsu kau.
It's over.
Kali ni berbaloi ke Melaka !
1 day ago
0 comments:
Post a Comment