Friday, February 24, 2012

Perlu ke insaf muda2 ?

Posted by tyka dins at 10:04 AM
Tajuk saya agak dingin. Perlu ke insaf muda2 ? 
Tak perlu. sebab ada 5 sebab yang terlintas,

sebab pertama : Usia masih muda, perlu enjoy.
Perlu rasa pergi clubbing, minum arak,khayal ectasy.
Baru hidup.Kalau tak, tak masyuk la. Kan?

sebab kedua     : Life's begin at 40. Nak kena tunggu umur
 cecah 40 baru boleh taubat.Rileks la. Sekarang  baru
20++, 30++, belum cecah 40. Hahaha.

sebab ketiga     : Pakai tudung buat kepala kelumumur.
 Lepas tu, susah sebab nak kenagosok la whatever  bla and bla.
 Hati tak sampai lagi seru, so what for pakai kan? Ikhlas ke
tak ikhlas ke, itu  antara kita dengan Allah. So what ?
Dosa aku, dosa aku. Dosa kau, kau tanggung sendiri. 

sebab keempat    : Beb, kolot la kau ni. Dunia sekarang
mana dan nak beralim2 sangat.Ramai je kan orang tak
insaf-insaf lagi. Still ada yang berzina lagi. Even mereka
buat jahat pun,mereka tetap kaya-raya. Hidup bahagia.
Sentuh zahir yang bukan muhrim pun standard.
Kolot la kau ni.

sebab kelima   : What the hack ? Kau nak sibuk2 hal aku kenapa ?
 Kau siapa ? Family aku pun tak bising,kau nak bising apa
 pasal ? Suka betul nak jaga tepi kain orang.Peduli la orang nak
 kata apa.Duit pakai makan aku cari sendiri.
Kau siapa nak tegur2 aku? Malaikat ?Nabi ?
                        

Sebab-sebab di atas tak "rare" mana pun. Itu normal. Aku pun pernah rasa macam tu. Tapi, Manusia sentiasa berubah kan? Dari sampah jadi wangi. Dari wangi jadi sampah. Dari rock jadi ustaz/ustazah, dari ustaz/uztazah jadi rock. Hidup memang turn over dia macam tu. Kita akan lemah-selemahnya kalau kita takda pegangan yang kuat. Bimbingan yang kuat. Sebab semua perubahan terletak pada diri kira sendiri.

Kalau dulu tak pandai masak, sekarang dah pandai masak.

#Kalau dulu tak pandai berjalan, sekarang dah jadi pelumba jalan kaki yang terhebat.

#Kalau dulu tak pandai apa-apa, sekarang ni semua dah pandai. Alhamdulillah.

#Jadi, apa yang perlu kita nak takut insaf awal-awal ? Takut orang tak nak kawan dengan kita, sebab kita ni tak puas enjoy, tak market, tak apa semualah. Wow, bagusnya .

Aku tak bagus, memang saya akui. Cuma saya dah tua. Umur pun dah 23 tahun. So makin tua ni, makin
penginsafan diri tu semakin membuak-buak. Bukan nak menunjuk yang aku ni sudah berubah, seperti apa yang aku tulis di atas, Manusia sentiasa berubah kan? Dari sampah jadi wangi.Tapi, cuma memuhasabah diri. Bukan nak berlagak, oh kau dah alim sekarang, bukan. Bukan sama sekali ya. Sebab aku sayang orang2 sekeliling aku. Marilah kita masuk syurga sama-sama. Boleh jumpa bidadara hensem. HAHAHA. ok jangan gelak.

Semalam dengar ceramah tanyalah ustaz tv 9, dia ada kata, 
Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: ‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.’”

Aha. Tepuk dada tanyalah hati.

2 comments:

Unknown on February 24, 2012 at 11:10 AM said...

nak insaf.. takde timingnyer.. tua atau muda sama je.. lagipun nk buat benda yg baik ni.. seelok2nya tak perlu ditangguh2.. kalau hati dah terdetik.. berubahlah.. xperlu letakkn bila.. mulalah dari sekarang...

Kambenggurun on February 24, 2012 at 10:58 PM said...

wehhh. mana tulisan ko? entry ko itam je? celah mana aku nak baca?

 

DUNIA AKU TIADA LIMIT Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos