Friday, February 3, 2012

Cinta Balik

Posted by tyka dins at 2:59 PM
Reactions: 
Aku selalu pelik kenapa orang masih nak balik dengan pasangan dia yang dia sendiri kata ;

Dia tu baran.
Dia tu angin.
Dia tu suka mencarut.
And so on.


Kenapa?

Kenapa masih nak bersama kalau sengsara lebih banyak dari bahagia?
Kenapa masih nak kan dia kalau hanya kau je yang nak gembira dan bahagiakan dia?


Sebab orang-orang macamni dia hanya fikirkan saat bahagia mereka berdua. Bila bergaduh, tercuit sana sini, bila dia ingat masa dia bahagia, semua sakit hati dan sumpah seranah yang dia carut dalam hati boleh hilang dan dia senyum kembali.


Padam terus rasa marah.
Rasa menyampah.


Tapi selalunya orang yang ditatang bagai minyak wangi yang penuh ni tak pernah nak hargai pun. Sebab dia tau kau sendiri akan datang balik, maafkan, lupakan dan buat-buat tak ada apa jadi. Mulakan hubungan seperti sedia kala. Kemudian, gaduh balik. Ungkit balik yang kes gaduh sebelum ni. Merajuk sejam dua minit. Text balik. Tak balas. Call. Tak angkat. Menangis. Start kereta. Terus pergi rumah dia. Merayu. Minta maaf (walaupun sebenarnya bukan salah kau pun) Peluk-peluk. Menangis. Senyum.

And it goes.


Dalam setiap hubungan lelaki dan perempuan, hanya mereka berdua saja yang saling tahu baik buruk mereka. Kalau dia baran macamana sekali pun, mungkin dia manusia paling sweet dan romantik yang pernah kawan kau jumpa. Kalau dia suka mencarut pun, mungkin dia manusia paling selalu ada masa kawan kau susah tak ada duit dan sebagainya.


Ingat saat bahagia.
Untuk tutup perangai buruk dia yang ada kat kepala.
Walaupun ia sekadar alasan untuk terus kekal bersama, yang pasti mereka berdua je yang tau macamana nak handle pihak yang lagi satu. Dan kita yang sebagai pendengar ni hanya boleh dengar dan nasihat asal boleh. Nak menyelesaikan masalah depa tu memang tak eh.

And of course,


Sebab cinta dan sayang.


:)






credit susudalambotol

0 comments:

 

DUNIA AKU TIADA LIMIT Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos