Tuesday, January 31, 2012

Masa tu. Masa muda

Posted by tyka dins at 12:51 PM
Masa tu. Masa muda. Tak berapa nak muda. Semua benda aku boleh buat. Sebab aku percaya perkataan "boleh" tu memang magic word. Aku kata..Masa tu.


Boleh tak masa tu masa muda aku boleh buat segalanya. Serius. 
Aku boleh tagak muka aku depan pasar malam. orang lalu-lalang bagi flyers. 
Sebab nak promote punya cerita. Masa tu masa muda. Aku sanggup. Asalkan aku dapat upah.  Aku bukak meja cerita pompang pomping. Cerita kebaikan tiada keburukan. Masa tu masa muda.


Siang kerja di kandang haiwan, malam aku kerja di pasar malam. Ok itu hina. 
Tapi, pada aku ianya tidaklah begitu hebat, kalau nak cerita pompang memang bagi kat aku. Aku tau itu. Aku sedar. Jangan nak membalikkan cerita. Aku sedar dari dulu. Cuma tak terluah. 


Kerana apa? 
Kerana mencari rezeki.


Aku sanggup letak benda tu di merata-rata tempat sebelum aku sampai ke pasar malam. Aku letak dekat cermin kereta orang, Pernah kena maki. Aku pekakkan telinga. Aku peduli apa. Aku nak promote Pusat Tuisyen yang pernah aku kerja dulu dan sekarang mereka buang aku macam sampah. Sial.


Kerana apa ?
Kerana mencari rezeki.


Aku memang tengah rapuh gila sekarang. Emosional aku tahap gaban sekarang. Sumpah aku tak tipu.
dan aku percaya dengan dunia ni bertingkat-tingkat.Kesilapan adalah realiti kehidupan yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu. Aku trauma.


Tiada siapa berhak mengucap kau gagal, melainkan diri kau sendiri. 




#isu semasa membungkam diri.

1 comments:

Anonymous said...

sebenarnya, kita adalah kita. peduli tentang apa yang orang cuba kata, sebab kita tau bagaimana n susahnya kita nak cari rezeki yang datang dari Allah. manusia menghukum, menghina. mereka tiada di kasut kita tapi mereka sudah pandai buat cerita tentang apa yang nmpak di mata mereka. tabahkan hati. cekalkan hati. peduli orang sekililing, yang penting Allah tahu apa niat kita berada disisiNya :)

 

DUNIA AKU TIADA LIMIT Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos