Monday, January 30, 2012

Hati yang tidak dipedulikan

Posted by tyka dins at 11:17 AM
Bila kala kita sayang sesorang dengan sepenuh jiwa, kita sanggup lakukan apa sahaja #itu lumrah

Telan yang pahit,
Terima yang kurang,
Sanggup berhutang,
Berkorban masa.

Asalkan ?

Asalkan orang yang kau sayang itu menyenangkan hati kau.

Bila kita mempersoalkan benda buruk yang ada pasangan kita, itu bukan bermakna dia tak terima kau seadanya. Dia sayangkan kau. Dia nak kau berubah demi kebaikan. Jangan cepat melatah dan pasangan kau tak terima seadanya. Bagi aku, itu alas an yang paling bangsat.

Hati manusia macam bom jangka. Sekali dia meletup takkan bercantum semula. Walaupun kau rajin nak kutip semua sisa-sisa letupan itu, takkan sama dengan hati yang masih bulat dan tak berderai satu-satu.

Setiap keputusan dalam hidup kita ni, KITA YANG TENTUKAN. Orang terdekat  hanya boleh kasi pandangan dan nasihat. Sebab takut kalau apa-apa jadi di masa akan datang, orang terdekat akan dipersalahkan.  Tapi, ia boleh terjadi  sebaliknya bila kita terima cakap-cakap , selfishnya kau ni, atau fikirkanlah tentang orang ini.

Dan lumrahnya, memang selalu kita kena jaga hati orang ramai itu dulu.  Hati kita yang satu ini tiada siapa yang peduli.  Dan hati yang tak dipedulikan,  terpaksa makan hati  sendiri untuk pura-pura happy.

Selalunya kita akan kuat dan tetap dengan pendirian kita bila “orang-orang kuat”  sentiasa memberi sokongan, memang tidak ada apa yang tinggal kecuali kau ikutkan. Dan, sebenarnya kau tau, kau mampu. Lebih mampu dari apa yang kau hadapi sekarang.

Tapi, melihat “orang-orang kuat” menangis, kau mampu?
TAK.

Hidup kita ni bertingkat-tingkat. Kadang kita kat tingkat atas, kadag kita kat tingkat bawah. Berada di tingkat bawah tak selama-lamanya kau berada di tingkat itu. Kalau lif rosak naik ke atas, masih ada tangga untuk kau panjat.

Kita tak boleh paksa atau suruh orang ikut keputusan kita sebab kita tak rasa dan hidup kita semua tak sama. Cubalah bagi peluang dia buat keputusan sendiri. Apa yang kau Cuma perlu buat, bagi sokongan lagi.

Im done.

refer :susudalambotol.

2 comments:

Farah Hanis on January 30, 2012 at 11:57 AM said...

nice entry :)

tyka dins on January 31, 2012 at 9:09 AM said...

thanks. refer to susudalambotol. :)

 

DUNIA AKU TIADA LIMIT Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos