Monday, July 6, 2015

kopipes hidd mihat

Posted by tyka dins at 1:45 AM
Reactions: 
Memang ada masa, yang kau tak rasa nak cakap dengan sesiapa. Yang kau cuma perlukan cuma ruang kosong untuk kau catatkan apa yang kau rasa.

Tapi orang kadang-kadang tak faham. Dia ingat kita senyap sebab kita sombong, tak nak kongsi, buang orang keliling atau anti sosial. Tak semua hal perlu diluahkan pada manusia. Ada hal yang kau cuma perlu bercakap dengan diri sendiri dan fikir untuk selesaikannya. Kadang-kadang, bercerita dengan manusia ni buat tambah serabut sebab kita masing-masing ada pendirian sendiri.

Bagi aku mudah.

Orang yang tak ingat aku, aku anggap dia ada urusan dan hidup sendiri yang perlu dia uruskan. Sebab itu, aku jarang nak sentap kalau kawan lupa aku. Kita dah besar. Kehidupan harian kita semakin luas. Ada banyak lagi hal lain nak fikir selain daripada isu nak sentap ni. 

Kalau kau ada benda nak cakap dan cerita, cari lah aku. Aku tak akan anggap kau cuma cari aku masa susah je. Kita orang perempuan, konflik setiap hari macam-macam. Orang perempuan juga tak reti kawal emosi. Bila ada masalah, sesetengahnya akan melibatkan semua walaupun orang tu tak ada kena mengena pun.

Orang lelaki lain.
Mereka boleh duduk kejap minum kopi, hisap rokok dan tenangkan diri. Dan orang lelaki juga jarang nak cerita masalah dia pada orang lain. Mereka lebih suka cuba selesaikan sendiri atau mereka ego.

Aku cuma nak kita semua anggap yang positif jela pasal orang lain. Dia senyap, tak bermakna dia lupakan orang lain. Dia ingat. Percayalah.

0 comments:

 

DUNIA AKU TIADA LIMIT Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos