Thursday, August 11, 2011

Panas! Hukum Ukir Inai di Jari .

Posted by tyka dins at 10:12 AM 5 comments
Salam ramadhan.
This day maknanya today, tyka nak sentuh sikit ( banyak jugak ) tentang ukir inai kat tangan/kaki ni.




Tyka surf banyak banyak sumber kat internet ni rata2 nya mengatakan HARAM apabila mengukir inai di tangan.
Persoalannya,
Adakah ianya betul2 haram,atau makruh,atau sunat ataupun halal?
Ada satu hadis yang betul sahih :
Dari Ibnu Umar r.a katanya: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan Baginda mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu."
(hadis bil. 2003 : Sahih Muslim)


Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)"
(hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)

Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz: "Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu adalah kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul di hujung jari."


tyka tertarik dengan salah satu isi kandungan terselit di hadi sahih Bukhari ni,

wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir).

Sedar atau tak, ianya mengunakan TUSUKAN(alat pengukir) maknanya 
* inai ada alat pengukir dan perlu ditusuk ke kulit ke ? 


kalo mengunakan alat pengukir seperti ni ->
  






mungkin aku percayalah ianya haram. sebab perlu mengunakan teknik tusukan pada kulit.
tapi inai yang hanya pakai tiub *cute tuh takkan la sampai kene tusuk ? Hmm. *Berfikir panjang aku nak ulas ni .

Masih tak puas hati, aku search lagi hukum2 dia. *yang ni je mampu aku search*



Digalakkan bagi wanita yang telah berkahwin berhias untuk suaminya. Antara cara berhias itu ialah dengan mewarnai tangan dan kakinya dengan inai atau bahan lainnya. 


[1] Menurut ulamak; mewarnai tangan dan kaki dengan inai adalah disunatkan bagi wanita-wanita yang telah berkahwin dengan syarat mendapat keizinan suaminya. Jika tanpa keizinan beliau (yakni beliau tidak menyukainya) tidaklah harus. Bagi wanita yang belum berkahwin; hukumnya adalah makruh mengikut kebanyakan ulamak kerana tidak ada keperluan dan juga bimbang timbulnya fitnah. 


[2] Namun ada juga ulamak yang berpendapat; diharuskan bagi wanita secara umumnya untuk berinai sama ada telah berkahwin atau belum berkahwin kecuali wanita yang kematian suami dan masih dalam eddah. 


[3] Adapun bagi kaum lelaki, diharamkan mewarnai tangan dan kakinya dengan inai atau bahan lainnya kerana perbuatan tersebut meniru/menyerupai wanita yang dilaknat di dalam hadis Nabi s.a.w.; “Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki” (HR Imam al-Bukhari dari Ibnu ‘Abbas r.a.). Namun dikecualikan jika tujuan memakai inai itu adalah untuk pengubatan.

Itu adalah hukum berinai secara umumnya. Adapun berinai dengan cara mengukirnya di tangan atau kaki (yakni bukan dengan mewarnai keseluruhan tangan atau jari-jarinya), maka perbuatan itu menurut ulamak adalah makruh. Berkata Syeikh Yusuf al-Ardibili dalam kitabnya “al-Anwar li A’mal al-Abrar”; “Jika seorang wanita hendak mewarnai dua tangannya, hendaklah ia mewarnai keseluruhan dua tangannya dengan pewarna. Tidak disunatkan baginya membuat lukisan/ukiran, begitu juga mewarnakan dengan hitam, mewarnakan sebahagian jari sahaja dan memerahkan pipi. Malah diharamkan setiap satu dari perbuatan-perbuatan tersebut ke atas wanita bujang (yakni tidak bersuami) dan juga wanita bersuami jika tidak diizinkan suaminya” (2/332).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Fiqh al-Albisah Wa az-Zinah, Abdul-Wahhab Abdussalam Tawilah, hlm. 294-295.

Nota kaki;

[1] Hendaklah dipastikan bahan itu bersih dan tidak menghalang air dari sampai ke kulit semasa mengambil wudhuk.


[2] Hukum makruh ini menjadi pegangan ulamak-ulamak mazhab Hanafi, Maliki dan Syafi’ie.


[3] Antara yang mengharuskannya ialah ulamak-ulamak mazhab Hanbali.




Sebagai intihannya,
Untuk bakal pengantin, petikan di atas ada nyatakan 


Jika seorang wanita hendak mewarnai dua tangannya, hendaklah ia mewarnai keseluruhan dua tangannya dengan pewarna.Tidak disunatkan baginya membuat lukisan/ukiran.

Untuk anak dara, ianya haramunkiran inai kalau tanpa tujuan selain perubatan.
jikalau kamu was2 dengan hukum-hakam ini elakkan lah kalau seeloknya, 
tapi kalau dah nikah, bukan dah kawin ( zaman sekarang ramai yang dah kawin, nikah belum ) minta lah izin suami supaya lebih afdhal. 

Wallahualam.


*Kalau ada salah dan silap,sila2 lah tegur, tyka juga insan naif lagi hina di bumi tuhan ini. (:







    



   


Wednesday, August 10, 2011

Bila Super Mario pergi kerja.

Posted by tyka dins at 11:06 AM 1 comments
Wordless wednesday.




hihihi. :)





    

Tuesday, August 9, 2011

Hati2 dengan hadis palsu !

Posted by tyka dins at 12:34 PM 0 comments
Kali ini tika perlu berhati-hati untuk postkan sesuatu tentang agama .
Sebab ramai manusia yang celik IT telah memutar belitkan hadis2 seolah2 dianggap sebagai hiburan .

Sebentar tadi tyka ada post Entri : Cuba lihat kalendar 2012 .
Terdapat beberapa or banyak sebenarnya pemutar belit fakta hadis telah mengCREATE hadis ikut sedap tekak.

Di sini ada link untuk pembaca lebih teliti dan memahami ,

Post entri Hadis Palsu Huru-Hara boleh di baca di sini . (:


Salam Ramadhan.







   

Anak David Beckham

Posted by tyka dins at 9:58 AM 0 comments


Nama : Harper Seven
Speechless. HOMAGOD.
Pengsan *

- Harper merupakan gelaran yang digunakan ketika zaman Inggeris lampau, satu nama yang disukai oleh   Victoria Beckham.
-  Seven pula adalah nombor bertuah kerana secara kebetulan baby perempuan ini dilahirkan sekitar pukul 7.55, pada bulan ke-7.
- David Beckham, 36 yang kini mewakili pasukan LA Galaxy telah berkahwin dengan Victoria Beckham, bekas ahli kumpulan Spice Girls pada tahun 1999.
-D&Vdikurniakan dengan 3 orang anak lelaki iaitu  Brooklyn, Romeo& Cruz

p/s* Aku tabik Victoria Beckham setakat ni, sebab dia artis perempuan paling gagah yang boleh terima lelaki dia tuh public figure terhebat, 24hour senantiasa dikejar, perempuan sana-sini, tapi tetap BERTAHAN !
kuasa si isteri, hebatkan ?

Jantan kat luar tuh, hargai lah isteri anda yang telah mem*beranakkan Anak untuk anda. Sekian . (:










   


Monday, August 8, 2011

Panas! Bendera Israel pada Duit Syiling Baru Malaysia

Posted by tyka dins at 11:11 AM 1 comments
Hai. Salam Ramadhan semua.
Okay, tempoh hari kita dihebohkan dengan HALAL jakim tentang Siti, Putus tunang Khairul Fahmhi semua2 tuh la kan . Gosip2 tuh biar lah berlalu. Kita mulakan hiduo baru. Chewah . Hah.

Bukan motip tyka nak tulis gosip hari ni,
tapi nak cerita sikit konspirasi Duit Syiling Baru Malaysia kita yang baru dilancarkan oleh Bank Negara Malaysia ( BNM ) . Hmm.

Firstly kita view dulu gambar Duit Syiling Baru ni .


Ada keganjilan tak ?  hmm. O.o




Ini bendera israel . =.="


Persoalannya, adakah "Star of David" sengaja dicetak pada duit syiling terbaru ini atau ia skadar suatu kebetulan? Apa perlunya lambang bintang enam ini diguna untuk menggantikan lambang bulan dan bintang pada syiling lama?

Jika dilihat, lambang bulan dan bintang pada duit syiling sebelum ini menggambarkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Jika "Star of David" pula digunakan, adakah ia menggambarkan sokongan secara tersirat Malaysia kepada negara Yahudi Israel dan agenda Freemason? Sumber: Milosuam.blogspot.com




Jelas sekali, inilah hasil nasihat Yahudi APCO yang dibayar RM77 juta setahun oleh kerajaan sebagai penasihat pentadbiran kerajaan Rosmah Mansor.




*Berhenti sekejap .




Atas ni semua pandangan orang ramai mengenai "Star of David" .
Bagi pandangan tyka, tyka telah membaca blog milik mazeermohammad.



Mengikut kefahaman beliau :

Star of David ini sebenarnya bermula dari simbol numbor 7, yang mana tengahnya ditarik dan menjadikan sebuah segi tiga. Ini bermakna, ada dua 7 yang di jadikan bentuk segi tiga. 7 yang dimaksudkan dalam istilah Judaism ialah 7 malaikat utama seperti Jibrail, Mikail dan seumpamanya (sedangkan islam ada 10 yang utama). Walaupun begitu, 7 ini juga disebut sebagai 7 hari dalam penciptaan. Selain itu 7 juga dimaksudkan dengan 7 tingkat langit dan bumi. Ini semua dalam Judaism. Malahan, Islam mengesahkan perihal 7 ini (kecuali 7 hari kejadian tu, sedangkan dalam Quran disebut, 6 masa, bukannya 7 hari).

Secara ringkasnya, Shield of David ini (atau di sebut sebagai Star of David) ini, mengandungi maksud 7 petala bumi dan langit, 7 hari, 7 malaikat dan ia adalah 'perisai'.

Jika anda pernah pergi ke Galeri Shah Alam, anda pasti ada terlihat satu keris yg mana ada 'Wafaq' Sulaiman.. Sebijik sama seperti Star of David tu dan di situ dia tulis penerangannya, Wafaq Sulaiman ini untuk kekuatan dalaman dan luaran si pemakai. Bagi saya, bukan Wafaq Sulaiman tu yg terer.. Tapi simbolik di sebaliknya.. Yakni pergabungan alam sgahir dan kabir, 2 kalimah syahadah atau mungkin Nur Muhammad Nur Allah yang tak bercerai-berai yang selalu dibacarakan oleh golongan hakikat.

Kali ini kita sentuh bab piramid pula yang menjadi based untuk Star of David. Sebenarnya, bukan bentuk piramid tu yang penting, tapi tiga bucu yakni tiga titik tu yg penting..


Senang kata, 3 perkara dalam pembentuk 1 bentuk piramid. kalau tengok khatamul nubuwah, juga tiga segi (tapi ada juga yg kata bukan macam tu, tu hanyalah sebahagian). Meskipun demikian, saya ambil pasal 3 perkara yang telah diketahui oleh orang hakikat yakni ALLAH, MUHAMMAD, ADAM. Tiga perkara penting dalam pembentukan 'Institusi Ketuhanan' (mungkin ramai yang kurang faham, tapi silalah mencari perihal ini dengan guru anda sekali. Insyallah akan diterangkan. Anda harus bertanya kepada mereka yang lebih arif mengenai hal ini).

Dan kenapa dua piramid di satukan?
Adakah ia mengenai kalimah syahadah, kunci bagi segalanya.
Alam atas, alam bawah, alam kabir, alam saghir.
(alam malakut, alam penciptaan, alam semesta, alam dalam diri seperti mimpi, khayalan, minda dan lain-lain).
Dan tiap perkara ada oppositenya masing-masing (syurga neraka, bulan bintang, tanah air, lelaki perempuan dan lain-lain).

Ringkasnya, Star of David sebenarnya melambangkan penyatuan yang sejati. Tapi Israel mengunakannya sebagai 'Lambang Kuasa' untuk re-claiming tanah yang kononnya mereka yang punya. Ia bukan hanya sekadar simbol tapi lebih dari itu. Ia simbol ketuhanan, kehambaan dan isi sebenar kenapa 'kita ada di sini'.

 Jadi, kesimpulan dari STAR OF DAVID ini adalah:
- Ia milik Nabi Daud a.s.
- Digelar perisai Nabi Daud (yang mana 'suara' Nabi Daud mampu 'memberhentikan' burung dan apa yang bergerak').
- Juga digelar sebagai 'Seal of Solomon' atau 'cop mohor Nabi Sulaiman a.s' (tentang peguasaan Nabi Sulaiman yang luas).
- Terdiri dari 7 yang jadi segitiga dan digabungkan pula dua segitiga tadi (7 angka spiritual).
- Segi tiga yang mempunyai 3 bucu/titik merujuk pada tiga perkara utama yakni ISLAM, IMAN dan IHSAN yang baru bersatu, gerak seiring, baru teguh.
- 3 perkara yang juga boleh di rujuk sebagai ALLAH, MUHAMMAD dan ADAM (yang mana di 'gunakan' oleh falsafah Trinity Kristian dengan meletakkan sebagai Jesus anak Tuhan).
- 3 perkara yang juga merujuk pada KEPALA, BADAN dan KAKI (tanpa kepala tak boleh hidup, tanpa badan tak bermanfaat dan tanpa kaki tak mampu bergerak).
- Gabungan dua segitiga yakni 2 kalimah syahadah yang tidak boleh dipisah ceraikan.
- Ia di gelar Perisai Daud dan simbol kerajaan Sulaiman, jadi ia bermaksud 'harus pertahankan 3 perkara dan 2 kalimah' seteguh mana kerajaan Sulaiman yang tak mungkin dapat ditandingi oleh mana-mana pihak.

Jadi, siri ini mengajak pembaca supaya melihat simbol konspirasi, dari obses atau takut membuta tuli kepada membawa keimanan yang teguh.

wallahualam..

P/s : Artikel ini hasil penelitian dan perhatian dalam menggabungkan teori konspirasi dan unsur sufi yang mana banyak mengajar penulis bahawa 'semuanya adalah HAQ ALLAH, baik Dajjal, Syaitan mahupun manusia tu sendiri'..

So, apa pandangan anda?
Mungkin ada juga kebenarannya..
Kita hanya perlu terus dan teruskan mengkaji..
Mungkin benar, kebenaran itu takkan datang bergolek begitu sahaja..



 Hmm. Panjang lebar beliau bercerita mengenai Star Of David kan. tapi ni semua untuk kesedaran kita umat islam. Kesimpulan yang sebenarnya kita perlu berfikir secara kreatif dan kritis. Jangan bertindak melulu membuat sesuatu keputusan okey.
Bak kata pepatah. Tepuk dada, tanyalah selera. (:





   


Saturday, August 6, 2011

Komen Dato'Siti Nur Haliza

Posted by tyka dins at 6:06 PM 0 comments
Sebentar tadi, tyka ada dapat comment dari Dato' Siti mengenai isu tyka tulis ni :

(Panas) SimplySiti Tidak Halal Disahkan Oleh Jakim



. isi comment itu begini :


KENYATAAN RASMI DARI SIMPLYSITI

Merujuk kepada sebaran lampiran yang terdapat di dalam blog, berikut adalah kenyataan daripada SimplySiti. Pihak kami terpaksa membuat kenyataan akhbar lebih awal memandangkan terlalu banyak pihak yang telah menyebarkan spekulasi mengenai hal ini. Kenyataan ini dibuat bagi mengelakkan salah faham orang ramai dan melindungi imej produk kami yang dituduh menggunakan berus babi.

Produk SimplySiti sentiasa mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM sebelum sebarang produk kami diberi sesuatu kelulusan Halal. Sebenarnya, produk-produk SimplySiti serta berus yang terdapat di dalamnya yang telah mendapat pengesahan Halal tidak terbabit dengan tuduhan yang dibangkitkan tersebut. Pihak kami selama ini berkerjasama rapat dengan pihak JAKIM dalam setiap proses yang harus dipatuhi sebelum sesuatu produk itu dihasilkan dan dipasarkan untuk kegunaan orang awam. Sokongan dan bantuan yang kami terima daripada pihak JAKIM amat kami hargai dan kami banyak belajar daripada mereka kerana sebagai perniagaan yang berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk semua, pihak JAKIM adalah rakan dan pihak yang sangat komited dan paling berwibawa dalam menghulurkan khidmat nasihat dan bantuan kepada pengusaha-pengusaha seperti kami terutama sekali dalam proses penghasilan dan pengesahan kualiti sesuatu produk secara amnya, dan untuk piawaian Halal secara khususnya. Sebab itu proses penghasilan sesuatu produk yang ingin mendapat pengesahan Halal daripada Jakim perlu melalui proses pemeriksaan dan siasatan yang terperinci bukan hanya bagi setiap jenis bahan yang terbabit di dalam pembuatan produk, malahan premis, setiap prosesnya termasuk pengangkutan, simpanan, pengeluaran, para pekerja dan segala-galanya perlu mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM.

Apa yang berlaku di dalam konteks seperti yang tertera di di dalam blog tersebut adalah tidak benar. Bulu yang dilaporkan di dalam lampiran tersebut

BUKANLAH bulu berus yang terdapat di dalam produk SimplySiti tetapi hanyalah berus yang terlibat di dalam kerja pembersihan di kawasan kilang dan kerja-kerja menyamak dan penyucian menurut syarak telahpun dilakukan bagi memastikan tidak ada apa-apa langsung yang tidak suci terdapat di dalam premis kilang tersebut lagi sebelum proses pembuatan produk dilakukan di kilang tersebut.




Oleh itu, kami dengan ini menjamin bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar & berus yang terdapat di dalam produk-produk kosmetik yang kini terdapat di pasaran juga adalah mematuhi syarat piawaian Halal daripada JAKIM. Bukan itu sahaja, kami juga rasa terharu kerana kerjasama dan follow up yang kami terima daripada pihak JAKIM juga adalah pantas dan efisyen untuk kami mudah membuat apa-apa tindakan susulan dengan efektif.

Memang sudah cita-cita dan niat Siti adalah untuk memastikan produk SimplySiti adalah halal, suci dan berkualiti. Hanya yang terbaik untuk semua para pengguna maka Siti sanggup buat apa sahaja dan akan terus berusaha memperbaiki mana-mana kekurangan walaupun proses atau usaha itu mengambil masa dan kos yang lebih sedikit daripada proses yang biasa. Sekiranya sesuatu produk itu diragui kesuciannya, kami tidak akan menjual malahan akan menarik balik dari pasaran.

SimplySiti akan turut mendapatkan kenyataan daripada JAKIM supaya hal ini tidak lagi dipanjangkan sehingga meragukan pengguna SimplySiti. Kami harap pihak JAKIM akan dapat menerangkan status halal SimplySiti dalam kenyataan akhbar mereka nanti. Dan memandangkan isu ini timbul secara mengejut dan kebetulan jatuh pada hujung minggu, pihak SimplySiti akan turut berjumpa dengan pihak JAKIM secepat mungkin untuk berbincang tentang hal ini. Kami mohon agar orang ramai tidak membuat spekulasi awal kerana kami sangat prihatin dan sentiasa menitikberatkan kualiti dan kesucian di dalam produk kami.

Sekian, terima kasih.

Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin

Presiden
SimplySiti Sdn Bhd
6 Ogos 2011



Jadi kengkawan ku, Dato' Siti telah menerangkan hal yang sebenarnya. Diharapkan kerjasama pihak semua dapat memahami kesulitan beliau.

tepuk dada tanya lah selera. (:









Diddy & Kay

Posted by tyka dins at 12:16 PM 0 comments
Hi. Salam ramadhan.
today is a relax day. hmm. relax2 pong jap gi nak kene masak. Adoi. Sesungguhnya, memasak itu lebih afdhal dari membeli. Erk 0.o.

Entri kali ni, tyka nak promote lagu diddy & kay. Who's them ?

Mereka adalah gabungan adik-beradik yang mantap and 'dilahirkan' daripada rancangan rEAliti di astro iaitu Akademi Fantasiaaaa.
Ekhem.
Lagu mereka adik-beradik sedang dipromosikan di corong2 radio dan salah satunya ialah Hot.fm.(Lebih hangat daipada biasa) Hangat ke ? (:

So, apa yang anda perlu buat untuk menyokong karier si adik-beradik ni. senang jer. :)
Tak perlu undi 50 sen, or Afundi or what. Just tulis detail korang dekat sini a.k.a


and tulis lagu pilihan pertama tuh. #Bertarung sampai Akhir.

and tulis lagu kedua tuh #Bertarung sampai Akhir.

and tulis lagu ketiga tuh #Bertarung sampai Akhir.

Haha. menunjukkan anda tegar dengan pilihan lagu anda. (;

Lagu bertarung sampai akhir ini boleh diperlihat di sini .



Lirik lagu ini ditulis sendiri oleh Diddy.
Dan Lagu nya dicita oleh Audi Mok. (:

So, apa lagi request la lagu mereka bebanyak ! (;

Selamat mendengar !



*Sumber picture/video : take from Abang badrul






 

DUNIA AKU TIADA LIMIT Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos