Showing posts with label Khasiat/Awet Muda. Show all posts
Showing posts with label Khasiat/Awet Muda. Show all posts

Saturday, August 6, 2011

Komen Dato'Siti Nur Haliza

Posted by tyka dins at 6:06 PM 0 comments
Sebentar tadi, tyka ada dapat comment dari Dato' Siti mengenai isu tyka tulis ni :

(Panas) SimplySiti Tidak Halal Disahkan Oleh Jakim



. isi comment itu begini :


KENYATAAN RASMI DARI SIMPLYSITI

Merujuk kepada sebaran lampiran yang terdapat di dalam blog, berikut adalah kenyataan daripada SimplySiti. Pihak kami terpaksa membuat kenyataan akhbar lebih awal memandangkan terlalu banyak pihak yang telah menyebarkan spekulasi mengenai hal ini. Kenyataan ini dibuat bagi mengelakkan salah faham orang ramai dan melindungi imej produk kami yang dituduh menggunakan berus babi.

Produk SimplySiti sentiasa mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM sebelum sebarang produk kami diberi sesuatu kelulusan Halal. Sebenarnya, produk-produk SimplySiti serta berus yang terdapat di dalamnya yang telah mendapat pengesahan Halal tidak terbabit dengan tuduhan yang dibangkitkan tersebut. Pihak kami selama ini berkerjasama rapat dengan pihak JAKIM dalam setiap proses yang harus dipatuhi sebelum sesuatu produk itu dihasilkan dan dipasarkan untuk kegunaan orang awam. Sokongan dan bantuan yang kami terima daripada pihak JAKIM amat kami hargai dan kami banyak belajar daripada mereka kerana sebagai perniagaan yang berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk semua, pihak JAKIM adalah rakan dan pihak yang sangat komited dan paling berwibawa dalam menghulurkan khidmat nasihat dan bantuan kepada pengusaha-pengusaha seperti kami terutama sekali dalam proses penghasilan dan pengesahan kualiti sesuatu produk secara amnya, dan untuk piawaian Halal secara khususnya. Sebab itu proses penghasilan sesuatu produk yang ingin mendapat pengesahan Halal daripada Jakim perlu melalui proses pemeriksaan dan siasatan yang terperinci bukan hanya bagi setiap jenis bahan yang terbabit di dalam pembuatan produk, malahan premis, setiap prosesnya termasuk pengangkutan, simpanan, pengeluaran, para pekerja dan segala-galanya perlu mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM.

Apa yang berlaku di dalam konteks seperti yang tertera di di dalam blog tersebut adalah tidak benar. Bulu yang dilaporkan di dalam lampiran tersebut

BUKANLAH bulu berus yang terdapat di dalam produk SimplySiti tetapi hanyalah berus yang terlibat di dalam kerja pembersihan di kawasan kilang dan kerja-kerja menyamak dan penyucian menurut syarak telahpun dilakukan bagi memastikan tidak ada apa-apa langsung yang tidak suci terdapat di dalam premis kilang tersebut lagi sebelum proses pembuatan produk dilakukan di kilang tersebut.




Oleh itu, kami dengan ini menjamin bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar & berus yang terdapat di dalam produk-produk kosmetik yang kini terdapat di pasaran juga adalah mematuhi syarat piawaian Halal daripada JAKIM. Bukan itu sahaja, kami juga rasa terharu kerana kerjasama dan follow up yang kami terima daripada pihak JAKIM juga adalah pantas dan efisyen untuk kami mudah membuat apa-apa tindakan susulan dengan efektif.

Memang sudah cita-cita dan niat Siti adalah untuk memastikan produk SimplySiti adalah halal, suci dan berkualiti. Hanya yang terbaik untuk semua para pengguna maka Siti sanggup buat apa sahaja dan akan terus berusaha memperbaiki mana-mana kekurangan walaupun proses atau usaha itu mengambil masa dan kos yang lebih sedikit daripada proses yang biasa. Sekiranya sesuatu produk itu diragui kesuciannya, kami tidak akan menjual malahan akan menarik balik dari pasaran.

SimplySiti akan turut mendapatkan kenyataan daripada JAKIM supaya hal ini tidak lagi dipanjangkan sehingga meragukan pengguna SimplySiti. Kami harap pihak JAKIM akan dapat menerangkan status halal SimplySiti dalam kenyataan akhbar mereka nanti. Dan memandangkan isu ini timbul secara mengejut dan kebetulan jatuh pada hujung minggu, pihak SimplySiti akan turut berjumpa dengan pihak JAKIM secepat mungkin untuk berbincang tentang hal ini. Kami mohon agar orang ramai tidak membuat spekulasi awal kerana kami sangat prihatin dan sentiasa menitikberatkan kualiti dan kesucian di dalam produk kami.

Sekian, terima kasih.

Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin

Presiden
SimplySiti Sdn Bhd
6 Ogos 2011



Jadi kengkawan ku, Dato' Siti telah menerangkan hal yang sebenarnya. Diharapkan kerjasama pihak semua dapat memahami kesulitan beliau.

tepuk dada tanya lah selera. (:









Diddy & Kay

Posted by tyka dins at 12:16 PM 0 comments
Hi. Salam ramadhan.
today is a relax day. hmm. relax2 pong jap gi nak kene masak. Adoi. Sesungguhnya, memasak itu lebih afdhal dari membeli. Erk 0.o.

Entri kali ni, tyka nak promote lagu diddy & kay. Who's them ?

Mereka adalah gabungan adik-beradik yang mantap and 'dilahirkan' daripada rancangan rEAliti di astro iaitu Akademi Fantasiaaaa.
Ekhem.
Lagu mereka adik-beradik sedang dipromosikan di corong2 radio dan salah satunya ialah Hot.fm.(Lebih hangat daipada biasa) Hangat ke ? (:

So, apa yang anda perlu buat untuk menyokong karier si adik-beradik ni. senang jer. :)
Tak perlu undi 50 sen, or Afundi or what. Just tulis detail korang dekat sini a.k.a


and tulis lagu pilihan pertama tuh. #Bertarung sampai Akhir.

and tulis lagu kedua tuh #Bertarung sampai Akhir.

and tulis lagu ketiga tuh #Bertarung sampai Akhir.

Haha. menunjukkan anda tegar dengan pilihan lagu anda. (;

Lagu bertarung sampai akhir ini boleh diperlihat di sini .



Lirik lagu ini ditulis sendiri oleh Diddy.
Dan Lagu nya dicita oleh Audi Mok. (:

So, apa lagi request la lagu mereka bebanyak ! (;

Selamat mendengar !



*Sumber picture/video : take from Abang badrul






Friday, August 5, 2011

(Panas) SimplySiti Tidak Halal Disahkan Oleh Jakim

Posted by tyka dins at 3:39 PM 3 comments

(Panas) SimplySiti Tidak Halal Disahkan Oleh Jakim


Banyak syarikat di Malaysia ni yang dah ditarik balik dan disahkan tak HALAL oleh JAKIM. Melalui surat yang di keluarkan oleh JAKIM ni, banyak syarikat yang disenarai hitamkan oleh jakim kerana masalah ramuan yang terdapat dalam bahan yang dijual tersebut. Termasuklah produk penyanyi No 1 negara iaitu SIMPLYSITI yang dikatakan mengandungi BULU BABI.

Adakah perkara ini hanya fitnah?? Tidak sama sekali kerana ini adalah lampiran dan senarai yang dikeluarkan oleh JAKIM sendiri. Takkanlah syarikat berjaya seperti simplysiti tu ada org nak kondem? Bukan org lain pun, org melayu kita jugak kan. Jom kita tengok sejauh mana kebenaranya :

Ini bukti lampiran senarai syarikat yang dikeluarkan oleh Jakim:

Mamee Tidak Halal

SimplySity tidak halal

Halal ni bukan makna tak boleh makan je. Halal ni maknanya dalam ramuan tersebut mengandungi bahan campuran yang tidak halal


Credit Gambar kepada sazuya.blogspot.com

Tulisan :thegarang.com

Khasiat Kurma

Posted by tyka dins at 3:05 PM 0 comments
Kurma.
Nama pun dah sweeet. Kurma. :)

Kurma ni anytime boleh makan. Nak tidur, Nak apa. Semua boleh.
Tapi, kurma ni janganlah makan time nak puasa jer.
Amalkan la selalu. Bagus tau tuk kesihatan.

Antaranya :

1: Kulit Mengandungi Serat, Sumber Utama Potassium

2:
Menguatkan Ingatan

3:
Penawar Racun

Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. "Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan."

4:Meredakan Tekanan Darah

5:
Menambah Tenaga Seksual Ops. Really. Its work.

Fakta kurma : Original kurma takkan dihurung semut.

Selamat berpuasa !

:)



Singapura

Posted by tyka dins at 2:18 PM 0 comments
Aku tertarik untuk like page Shahril+Hidayah=Biadab ni sebab ianya melibatkan My country. Malaysia. Ekhem.
Hello. Bagus sangatkah negara itu ?

See this kind of the pics dulu :


Gambar pasangan pemain singapura.*Original sinagapura-pura tak ni *


Aku difahamkan minah ni sudah mengutuk pemain malaysia sebab buat skill tak jadi. Haish.

See, dia cakap monkey ?


Fakta nya ialah :

Kami bukan tak nak admitt kami kalah, cuma kami sakit hati sebab kamu orang main tipu. Pleaselah, jangan buat sakit every single time dalam game tuh, menampakkan kamu orang ni lemah TENAGA BATIN lah . Opss.

Asyik2 nak jatuh. APehal ?
Tak jantan lah geng. Lu jantan kan ? Bak kata Aaron Aziz. *One of my fav actor. I ADMIT!*

Main untuk semangat negara lain tau geng, kamu orang main player import lebih boleh la citer, kami ni wlaau seBANGSAT2 kami pun, kami sedar kami ni MALAYSIA. kamu sedar kamu singapura kamu bangga ADA APA ?
Negara sendiri takut nak duduk migrate MALAYSIA.apehal ?

Siasatan polis berkenaan dengan kes ni akan diperpanjangkan. * Aku harap pihak polis tak mengamalkan sikap tidak peduli tentang hal ni*

Pucuk pangkal nya,

Kamu orang nak bangga sangat dengan SINGAPURA, silakan.
sebab pointless cakap apa pun, sebab kena admit jugaklah itu negara kelahiran kamu orang.

Bukan nak suh kamu orang migrate masuk MALAYSIA, but give some respect lah those yang selamatkan tanah melayu dulu. Kalau takda pahlawan2 kita and Perdana Menteri T.Abdul Rahman, sinagapura tak bebas lagi. Thanks to MALAYSIA jugak sebab lepaskan kamu orang daripada GAGASAN MALAYSIA ataupun TANAH MELAYU PERSEKUTUAN.

Peace no war. :)





Wednesday, August 3, 2011

Mia sara

Posted by tyka dins at 12:19 PM 2 comments
macam ni pun ok jugak :)




 

DUNIA AKU TIADA LIMIT Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos