Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Saturday, February 4, 2012

Hukum menghisap Shisha untuk perempuan.

Posted by tyka dins at 11:47 PM 3 comments
Perempuan itu sangat mulia darjatnya.semulia mutiara yang bersinar kalau digilap.tapi sayang, kamu sudah mensia-siakan hidup yang sepatutnya dihiasi dengan peribadi semulia mutiara. 

Aku bukan menghukum semua perempuan.tapi, aku cukup sedih kenapa kamu merosakkan tubuh mu dengan asap-asap yang “kononnya“ wangi dan sedap.

Sayang,
Tahukah kamu menghisap  shisha ini lebih teruk dari menghisap rokok? shisa lebih “direct“ laluannya ke peparu berbanding rokok yang dilindungi “filter“. dan setahu aku, masanya agak terhad iaitu lebih kurang 45minit sudah, selepas itu kamu hanya menghisap “arang“ itu.

Mungkin entri aku ini akan meng “annoyed“ perempuan-perempuan di luar sana walhal aku juga seorang perempuan. tapi setahu aku, jikalau sesuatu perkara yang boleh memudaratkan tubuh kita, hukumnya haram bukan ?

Aku bukan solehah, untuk menasihati. cuma aku prihatin.lagi-lagi untuk kaum aku.perempuan.

Kita ini mahal harganya. tiada tolok bandingnya sekalipun nilai sama erti emas 999. 

Tepuk dada tanya selera.

Sunday, December 11, 2011

Bantuan Kerajaan RM500: Syarat-syarat nya.

Posted by tyka dins at 4:54 AM 0 comments
PERATURAN

Semua ruangan yang berkaitan perlu diisi dengan HURUF BESAR dengan menggunakan pen. Maklumat perlu diisi dalam Bahasa Malaysia.

Borang yang telah diisi dengan lengkap dan teratur boleh dihantar ke Jabatan Pembangunan Persekutuan, sekolah-sekolah terpilih, cawangan LHDNM yang berdekatan atau kaunter LHDNM yang disediakan.

Individu Yang Layak

Warganegara Malaysia;

Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3000 ke bawah;

Berkahwin;

Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;

Bujang yang mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama)

Warga emas (berumur 60 tahun ke atas) yang sebatang kara dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3000 ke bawah;

Sila kemukakan salinan;

MyKad / Kad Polis / Kad Tentera

Penyata / Slip gaji terkini bagi pemohon yang menerima gaji sahaja

Waris dan wakil adalah tidak dibenarkan untuk menuntut bayaran bagi pihak pemohon.

Borang permohonan boleh di dapati secara PERCUMA mulai Sabtu bersamaan 10 Disember 2011 di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan (seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, sekolah dll). 
Borang ini juga boleh dimuat turun di laman web kementerian kewangan www.treasury.gov.my mulai esok.

Satu talian hotline bagi menjawab persoalan dan memberi penjelasan mengenai pelaksanaan Bantuan Tunai RM500 - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 7 Oktober 2011 yang lalu telah disediakan seperti berikut:

Talian hotline : 1-800-222-500 (Bebas Tol)

Waktu operasi : 9.00 pagi hingga 5.00 petang (hari bekerja)

Bilik Operasi Bajet
Aras 10, Blok Tengah
Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia
1-800-222-500 (Hotline)
03-8882 3786 (Faks) Sumber dari MOF & LHDN.




   

Friday, December 9, 2011

Ombak rindu.

Posted by tyka dins at 6:50 PM 1 comments
Ya, kita tahu kita tulis entri ni agak TERlambat. Walhal, dah tengok cerita ni seminggu yang lalu. TIPU lah seminggu. ok 5hari yang lalu. Heh

Overall, memang cerita ni ada kekuatan sendiri nya. Cerita ni memang tak sama ending part dia macam NOVEL yang sebenar, BUT, nama pun adaptasi So, tak yah tiru bulat2 pun takpa kan ?

First sekali kita nak cerita sikit ada part-part yang syahdu.

SEBELUM tu, pada anak dara, maybe cerita ni belum betul-betul menusuk ke kalbu rasanya, sebab cerita ni, kalo feeling mak2, baru berkesan sekesannye kot ! AHAHA . damn

First part yang ni  : Pernikahan Hariz and Izzah !




Ha, pada yang nikah kat thailand tuh, memang KELASSSS terasa masa kat sini kan ? HAHAHA. bukan aku
Walaupun macam HINA sangat kawen kat sini, tapi HALAL kan ? Tak dosa kan ? Cuma restu ayah bonda je la kot. OK restu tak  penting ya kawan-kawan  =.="



Second part yang ini : Scene Merajuk duk tepi laut



This one,dah kene tampar, dah kene tolak sampai tergolek-golek golek dan tergolek dalam toilet sebab si Hariz tak kasi Izzah ngandung, dup dap dup dap, sampai pengsan last2 Izzah kata dia PERIOD. damn ! MALU TAK ? MALU TAK ? lain kali, kalau ada JANTAN yang KAKI PUKUL bini tu, elok2 sikit eprangai. HARGAI ISTERI ANDA. euw


Yang ke-3 :  Panas !


Part orang kata ni lah kita cakap SO SWEET. macam aaaa UNTUNGGLAAAA..hehe, tapi HAIP ! kita ada agama, tak mau buat macam ni ya kawan-kawan yang belum kawen tuh ! bukan dosa dah, tapi maksiat. yang dah kawen takpe :) * Kalau yang melakonkan watak macam ni, i no komen, i bukan tuhan nak judge sewenang2 dosa orang :)




part LAST LAST LAST :


 ini sangat shit sweet !




HAHAHAHAHAHA. walaupun kita man u, tapi ini KELAKAR ! hahahaha credit sapa yang edit ! :)


Apa pun, ombak rindu, syabas kerana berjaya kutip berjuta-juta. #UNTUNG LAAA





  

Tuesday, November 15, 2011

Najwa Latiff & Greyson Chance !

Posted by tyka dins at 11:58 PM 9 comments
Pemikiran Otak+Akal *Segelintir Melayu makin lama di momok dengan kebodohan.

Bodoh !

Bodoh !

Bodoh !



















Apa masalah dengan kau *segilintir melayu ?

Cermin diri dulu, engkau hadap facebook berjam2, engkau jadi tahi twitter kononnya, tapi secara SEDAR suruhan Allah kau tinggalkan. Tiba pula, Masalah tangan yang tunjuk konon2 ala2 illuminati ini dititikberatkan ?
Kenapa ?

Memang dah gila agaknya pemikiran *segilintir orang melayu.
Wajar kah Najwa Latif dilabel sebagai "sembah syaitan" ?
Apa kepala hotak kau *segilintir melayu.
Amarah aku makin tinggi,
itu kerana aku anak Melayu!
Aku malu.

Kalo trend k-pop, kau follow ! Drama korea, fashion korea, semuanya k-pop kau follow *segelintir melayu !

Kalo filem spider man keluar dulu2, kita ikut ala2 tangan Najwa di atas tuh boleh pula ya ?
Atau kita dipanggil "sembah syaitan" juga ya *segelintir melayu ?

Fikir sehabis2nya.

Allah bagi kita Akal untuk berfikir, bukan semata2 otak yang ada. Hanya binatang mungkin punyai otak tiada akal bukan ?

Aku tak membela Najwa Latif, kerna kadang2 aku annoyed jugak lagu ala2 kanak2 tadika. *Maaf ya Najwa, ini hak pendapat aku sebagai manusia* Cuma ya lah, liriknya simple menjadi ikutan. Itu standard.

Tegas di sini, bukan untuk memandai, cuma perbetulkan. Jika Salah, aku buka lorong lurus untuk dibetulkan kalau aku bengkok.

Sekian.




Nota tangan :
Pada yang tanya illuminati tuh apa, search kat google ya. Kerana aku sendiri kenal apa itu erti illuminati pun semasa umur 19tahun ! So,tidak pelik. 

Thursday, August 11, 2011

Panas! Hukum Ukir Inai di Jari .

Posted by tyka dins at 10:12 AM 5 comments
Salam ramadhan.
This day maknanya today, tyka nak sentuh sikit ( banyak jugak ) tentang ukir inai kat tangan/kaki ni.




Tyka surf banyak banyak sumber kat internet ni rata2 nya mengatakan HARAM apabila mengukir inai di tangan.
Persoalannya,
Adakah ianya betul2 haram,atau makruh,atau sunat ataupun halal?
Ada satu hadis yang betul sahih :
Dari Ibnu Umar r.a katanya: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan Baginda mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu."
(hadis bil. 2003 : Sahih Muslim)


Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)"
(hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)

Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz: "Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu adalah kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul di hujung jari."


tyka tertarik dengan salah satu isi kandungan terselit di hadi sahih Bukhari ni,

wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir).

Sedar atau tak, ianya mengunakan TUSUKAN(alat pengukir) maknanya 
* inai ada alat pengukir dan perlu ditusuk ke kulit ke ? 


kalo mengunakan alat pengukir seperti ni ->
  






mungkin aku percayalah ianya haram. sebab perlu mengunakan teknik tusukan pada kulit.
tapi inai yang hanya pakai tiub *cute tuh takkan la sampai kene tusuk ? Hmm. *Berfikir panjang aku nak ulas ni .

Masih tak puas hati, aku search lagi hukum2 dia. *yang ni je mampu aku search*



Digalakkan bagi wanita yang telah berkahwin berhias untuk suaminya. Antara cara berhias itu ialah dengan mewarnai tangan dan kakinya dengan inai atau bahan lainnya. 


[1] Menurut ulamak; mewarnai tangan dan kaki dengan inai adalah disunatkan bagi wanita-wanita yang telah berkahwin dengan syarat mendapat keizinan suaminya. Jika tanpa keizinan beliau (yakni beliau tidak menyukainya) tidaklah harus. Bagi wanita yang belum berkahwin; hukumnya adalah makruh mengikut kebanyakan ulamak kerana tidak ada keperluan dan juga bimbang timbulnya fitnah. 


[2] Namun ada juga ulamak yang berpendapat; diharuskan bagi wanita secara umumnya untuk berinai sama ada telah berkahwin atau belum berkahwin kecuali wanita yang kematian suami dan masih dalam eddah. 


[3] Adapun bagi kaum lelaki, diharamkan mewarnai tangan dan kakinya dengan inai atau bahan lainnya kerana perbuatan tersebut meniru/menyerupai wanita yang dilaknat di dalam hadis Nabi s.a.w.; “Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki” (HR Imam al-Bukhari dari Ibnu ‘Abbas r.a.). Namun dikecualikan jika tujuan memakai inai itu adalah untuk pengubatan.

Itu adalah hukum berinai secara umumnya. Adapun berinai dengan cara mengukirnya di tangan atau kaki (yakni bukan dengan mewarnai keseluruhan tangan atau jari-jarinya), maka perbuatan itu menurut ulamak adalah makruh. Berkata Syeikh Yusuf al-Ardibili dalam kitabnya “al-Anwar li A’mal al-Abrar”; “Jika seorang wanita hendak mewarnai dua tangannya, hendaklah ia mewarnai keseluruhan dua tangannya dengan pewarna. Tidak disunatkan baginya membuat lukisan/ukiran, begitu juga mewarnakan dengan hitam, mewarnakan sebahagian jari sahaja dan memerahkan pipi. Malah diharamkan setiap satu dari perbuatan-perbuatan tersebut ke atas wanita bujang (yakni tidak bersuami) dan juga wanita bersuami jika tidak diizinkan suaminya” (2/332).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Fiqh al-Albisah Wa az-Zinah, Abdul-Wahhab Abdussalam Tawilah, hlm. 294-295.

Nota kaki;

[1] Hendaklah dipastikan bahan itu bersih dan tidak menghalang air dari sampai ke kulit semasa mengambil wudhuk.


[2] Hukum makruh ini menjadi pegangan ulamak-ulamak mazhab Hanafi, Maliki dan Syafi’ie.


[3] Antara yang mengharuskannya ialah ulamak-ulamak mazhab Hanbali.




Sebagai intihannya,
Untuk bakal pengantin, petikan di atas ada nyatakan 


Jika seorang wanita hendak mewarnai dua tangannya, hendaklah ia mewarnai keseluruhan dua tangannya dengan pewarna.Tidak disunatkan baginya membuat lukisan/ukiran.

Untuk anak dara, ianya haramunkiran inai kalau tanpa tujuan selain perubatan.
jikalau kamu was2 dengan hukum-hakam ini elakkan lah kalau seeloknya, 
tapi kalau dah nikah, bukan dah kawin ( zaman sekarang ramai yang dah kawin, nikah belum ) minta lah izin suami supaya lebih afdhal. 

Wallahualam.


*Kalau ada salah dan silap,sila2 lah tegur, tyka juga insan naif lagi hina di bumi tuhan ini. (:







    



   


 

DUNIA AKU TIADA LIMIT Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos