tak perlu canang cerita pada telinga aku.
tau adab jaga hati dan perasaan orang?
mak ayah kamu tak pernah ajar?
come here i teach you.
bagi salam sebelum tu.
assalamualaikum.
tanya khabar sihat ke tak.
agak2 benda tu boleh kecil kan hati dan prasaan orang, simpan saja dalam hati.
tak perlu nak bercerita.
bagus betul mulut kau.
jangan berlagak mulia sangat depan aku.
aku tau tahap mulia ko sampai mana.
orang kalau mulia, dia cool.
tak gopoh macam kau.
sengal.
come on,
dia sekarang kaya ke bahagia ke divorce ke.
and s0?
do i have to care?
no need.
so just back off!
no need to be pelakon.
tiada piala untuk orang macam kau.
dasar mulut kampung.
culture shock seriously.
Friday, August 24, 2012
mulut kampung.
Monday, August 6, 2012
Kuasa tuhan, who know's right ?
Berita gembira.
Sini.
Sini.
Kata orang,
mulut kalau lancang tuhan akan balas.
Memang benar.
Mulut kau tak ubah persis ular yang sangat cantik tapi sayang kau ular.
Jika kau bukan ular, aku kategorikan kau rupawan.
serius.
Tolak tepi yang itu.
Sini,
aku mahu khabar.
Kata orang moden,
"Untungla".
Kenapa?
Bagusla.
Anak kau bakal perempuan.
Anak aku bakal lelaki.
Tanda apakah itu?
Tanda sumpah berbalik.
Akan aku pastikan,
Jejaknya aku selepas bulan itu,
akan aku jauhkan semua spesis manusia yang ada disitu.
Minta simpang.
Takut terkenan pula.
Astaghfirullahalazim.
Simpang.
Simpang.
Kuasa tuhan, who know's right ?
Sunday, August 5, 2012
Friday, August 3, 2012
Terima kasih
Hari ini,
Aku nak ucap pada kau terima kasih beribu million.
Sebab kau.
Aku suka matematik.
Benda paling aku benci..benda paling aku fedup.
Matematik.
Dari aku selalu fail, kau buat aku jadi excellent.
Alhamdulillah.
Sekarang aku jadi cikgu matematik.
Ajar budak tuisyen. Form 5. Bukan calang2 student.
Penat.
Tapi
Start dari tu,
Aku pandai main sudoku.
Berbuku-buku tanpa jemu aku habiskan.
Orang kata bosan game matematik ni.
Bagi aku tidak.
Terima kasih sekali lagi.
Aku bangga. Aku bangga. Aku bangga.
Bila lepak ramai2, aku jadi pengira resit.
Sebab aku kira laju.
Semua sebab aku suke matematik.
Pada kau.
Terima kasih berjuta million.
Syukur.
Pengajaran kau pada aku tentang matematik,
Buat aku kerja kira cukai sekarang.
Hahaha.
Alhamdulillah.
Pada kau,
Universiti islam antarabangsa sangat gah untuk aku.
Benda mustahil tak semestinya akan jadi mustahil selamanya.
;)
Tuesday, July 3, 2012
Noktah untuk kau.
Alhamdulillah.
Aku dah bebas daripada bebanan.
Mari kita joget laju-laju.
;)
Wednesday, June 27, 2012
Cita-cita berangan.
masa darjah tiga,
cita-cita aku tulis kat dalam buku rekod
nak jadi PRAMUGARI.
yes tak perlu nak erk sangat.
Beriya betul nak jadi pramugari,
sebab dapat pergi oberseee,
jadi cantik macam kak badariah ( ex gurpren abg aku)
at last,
aku sedar diri yang aku pendek bila darjah empat.
Masa darjah empat,
cita-cita aku nak jadi ustazah.
Gara-gara aku tersayang lebih dekat ustaz.
Ustaz tu ajar aku Sirah dan aku sentiasa excellent dapat A.
Dan aku memakai tudung labuh ok. OKEY.
Masuk darjah Enam,
cita-cita aku dah bertukar.
Aku nak jadi Arkitek pulak.
Adoi.
Macam-macam betul nak jadi.
Konon-konon suka lukis rumah tepi pantai.
Sampai aku form three,
aku nak jadi guru.
Tetiba.
Sebab konon nak sumbang pahala.
Hampeh.
Sampai umur aku 23tahun ni,
aku dah masuk lembaga,
aku rasa macam nak bertukar cita-cita.
Aku nak jadi pengarah.
Serius.
Aku selidik macamana langkah-langkah nak jadi pengarah.
Lagi semangat aku membuak-buak bila semalam keluar berita
kata nak lahirkan pengarah daripada golongan wanita.
WAH.
Teruja aku kejap.
Aku sedang mencabar diri aku untuk ke arah itu.
Nak jadi pengarah ada 5 step.
Aku baru lepas 1 step.
Step 2 ondaway lepas aku beranak insyallah.
Cepat la cepat la.
Aku tak sabar nak main sign-sign.
Seronok tau dapat dokumen je, signnnnnnnnn.
Dapat je surat, signnnnnnnn.
Tu jela kerja pengarah.
HAHAHAHAHAHA.
:)
Cita-cita aku macam mustahilkan ?
Tapi tak mustahil kalau kita mencuba.
Amin.
Friday, June 22, 2012
I miss you- by yuna (incubus)
Tuesday, June 19, 2012
Kisah lama.
Kalau-kalau yang kau pernah nampak,
mungkin 1% daripadanya.
selebih 99% aku masih simpan dalam jantung.
Tak mahu usik.
Kalau aku usik, habis satu dunia tahu.
Kisah lama aku, yang barunya datang menghimpit untuk tahu kisah lama.
Kenapa yang baru tak boleh jadi macam aku?
Cara aku, pergi mampus.
senangkan?
Kenapa perlu nak ambil tahu kisah-kisah lama?
Mahu jadikan santapan pun bukan ke itu perit?
Perlu ke kisah lama itu dijadikan isu.
Buat kau,
aku dah lupakan segalanya.
dan jangan pula kau perasan,
yang aku maksudkan kau itu kau.
Aku kenal ramai orang.
Bukan dengan kau saja.
Faham bukan?
Kenapa kau tak boleh jadi macam aku,
ignore everything.
Kenapa?
Kenapa perlu masih tertanya-tanya akan hal kehidupan aku.
Apa yang aku tulis.
Apa yang aku gambarkan.
Apa yang aku luahkan.
Kenapa?
Dendam?
Dendam apa lagi manusia?
Aku tak pernah nak simpan sekelumit dendam langsung.
Aku sudahi dengan Alhamdulillah semuanya.
Boleh kau ikut cara aku?
Alhamdulillah aku ulang semula.
Sudah-sudah la kisah lama,
kalau kau rasa dosa yang kau buat tak terampun,
mari sini aku bisik,
aku maafkan....
Jujur.
Aku ikhlas.
Demi Allah,
aku redha.
Cerita palsu kau.
dalam dompet ada 20 sen sekali pun,
Jangan kalah.
Harus kuat.
Persetankan orang nak kata apa.
Dia ni apa dia buat dengan duit dia?
Jangan soalkan.
Serius.
Sebab kau tak tahu keperitan hidup dia.
Kau nampak dia happy.
Kau nampak dia ketawa.
Tapi ada kau nampak dia menangis ceruk gelap mengenang nasib?
Bukan minta simpati,
cuma mahu sudahkan.
Tolonglah.
Aku bukan senang.
Mungkin itu dulu.
Cuma, cukup-cukup makan.
Tapi aku tetap bersyukur.
Aku masih mampu bekerja.
Aku masih mampu menanggung segala beban.
Aku masih mampu pekakkan telinga.
Sedangkan aku ada sejuta benda belum diselesaikan.
Masalah kan aku ni?
Mungkin.
Biarlah.
Aku tak peduli.
Hidup aku.
Susah aku.
Kau ada?
Kau tahu nak kenang cerita lama,
dendam lama.
Tapi kau tahu tak,
aku nak buang cerita-cerita dulu susah?
Ada kau tahu?
Kau tahu aku ni pengkhianat.
Kononnnya.
Bangkai.
Manusia macam kau lebih elok mati daripada wujud dalam dunia.
Perosak.
Muka baik tapi hati busuk.
Perangai macam haram.
Tudung kau boleh campak.
Silakan.
Pesan aku,
Jangan tambah kesusahan aku yang ada ini dengan cerita palsu kau.
It's over.
Monday, June 18, 2012
Tiada kata untuk kau.
Genap setahun sahih hubugan 'halal tanah melayu' aku dan kau.
Tiada hadiah yang lumayan untuk diberi dan dibagi.
Masing-masing malu untuk ungkapkan hal tarikh ini jam 1.00pagi tadi.
Masing-masing main handphone buruk masing-masing.
Sekali aku bilang,
woi, happy anniversary la woi. takda perasaan ke?
tak ingat eh?
Dia bilang,
sengaja aku diamkan. Aku nak tengok reaksi kau.
Ahai.
Aku pulak yang terkena. Okey, Aku dah cakap happy annyversary. Bye, nak tido.
Kejamkan aku?
haha.
Dia diam.
Tiba-tiba,
dia bisik happy anniversary jugak. i love you.
lepas tu sambung main game fishing.
Aku?
Suka tapi aku buat-buat tidur.
Sampai pukul 5 30pagi tadi,
aku bangun,
mandi,
gi
pungut cukai.
Jangan kata kerajaan takda duit. semua kata pembangkang bohong belaka.
ape merepek ni?
Hahaha.
Aku cakap dengan dia takda hadiah ke?
selalu bagi popcorn kalau takda duit.
Oh.
dia bilang,
takda.
Ok. Aku faham.
Takpa lah,
aku pun takda duit.
hahaha.
Jadi, mari kita masak nasi lemak untuk raikan nya.
Eh bukan kita, tapi dia. Aku errr errr err. Aku tak seteror dia bab-bab masak.
Harap maklum.
Aku sambung menjahit manik yang tak siap-siap.
Fuhh Fuhh Fuhh.
Thursday, June 14, 2012
cerita A B dan C
------------------------------
orang cuma dengar APA yang mereka NAK dengar.
orang cuma lihat APA yang mereka NAK lihat.
orang cuma baca APA yang mereka NAK baca.
defense:
-----------
1)
aku kata A.
orang faham B.
orang marah aku.
bila tanya "siapa kata B?"
orang kata aku degil.
tak makan nasihat.
soalan.
BILA aku kata B?
2)
aku tulis A ketika aku kiaskan B.
orang cuma nampak A.
yang setuju dengan apa aku kata tentang A akan puji2.
yang setuju dengan apa aku kata tentang B akan julang tinggi.
yang tak setuju2-- maki2 dan caci2.
penyataan.
PEDULI APA aku kau setuju tidak apa aku rasa.
aku menulis APA aku rasa.
3)
aku cakap A.
A itu aku.
rupa2nya ramai yang A juga.
tersinggung hati.
perasan aku kata dia.
soalan.
kau SIAPA?
kesimpulan
-------------
BENARLAH--
orang cuma dengar APA yang mereka NAK dengar.
orang cuma lihat APA yang mereka NAK lihat.
orang cuma baca APA yang mereka NAK baca.
maka
------
janganlah perasan SEMUA BENDA dalam dunia ini berkisar tentang engkau SAHAJA.
kalau kau cari diri engkau dalam status2 manusia keliling--
kau MEMANG akan jumpa.
sebab kita manusia.
dosa kita,
pahala kita;
LEBIH KURANG sama.
cuma aplikasinya di lain2 situasi dan masa.
berhenti merasakan SEMUA BENDA adalah tentang kita.
credit to kak fyn.
Monday, May 21, 2012
Mulut orang perosak, aku binasa.
Yang pertama kita ambil dua buang
Kenapa mengeluh
Dengar cerita lagi dah jenuh berkali-kali
Komplikasi dalam komunikasi jadi konfrontasi
Mulut orang perosak reputasi pembunuh motivasi
Mereka pakar fabrikasi modifikasi
Di depan senyum belakang dengki
Yang cemburu mungkin teman kita sendiri
Siapa tahu
Sampai ke tua juga lah aku perlu berhati-hati bila berkata-kata. Bukan apa, aku takut dengan manusia jenis macam ni lah. Takut sangat. Sebab kan satu, jadi sepuluh. Mengucap panjang ya tuhan. Yang betul, semuanya salah, yang salah semuanya betul. Aku nak tanya lah, seronok ya lihat manusia bertelagah sesama sendiri ? Seronok ya ? Seronok kan ? Tiada bahan jadi bahan. Kategori manusia jenis apakah ? Sumpah aku tak faham dan aku tak nak faham malah aku mahu jauh tinggalkan manusia jenis-jenis parasit. Supaya dosa-dosa aku yang sudah dan semasa ini tidak bertambah-tambah. Sudahlah aku ini hina, bertambah hina lagi dengan mulut perosak dengan berdamping dengan manusia kenis-jenis parasit.
Come on, get your life aaa. Apa rasa kalau diri sendiri jadi bahan makan saji orang ? Sakit kan ? Bukan mahu menjaga tepi kain orang, tapi cara yang dipaparkan tidak sesuai untuk tatapan umum. Lain lah kalau diri itu para anbiya' ataupun ahli kitab yang boleh aku sanjung melangit, jauh sama sekali aku mahu menyanjung manusia jenis parasit.
Sudah-sudahlah, walau umur aku baru menjejak dunia, cukup sudah bukan aku mahu banggakan diri. Cukup sudah aku sedar mana layak nya aku di bumi Allah yang tak lama lagi akan hilang di tiup fuhhh fuhhh.
Aku sedar aku bukannya berada, aku sedar aku bukannya hamba Allah yang patut dibanggakan, aku sedar aku ini juga manusia biasa yang berlari mencari pahala dalam kesinisan dosa. Subhanallah. Sungguh malu aku mahu mengaku aku ini hambaNYA. Malu.
Aku cerita bukan sengaja. Sebab sudah kena berkali-kali. Kali ni aku tak tahan sebab aku tak salah. Memang aku tak salah. Sebab aku tak pernah nak usik, cerita, gosip, perihal kau. Serius. Sebab aku pernah terkena dulu, jadi aku tak nak benda yang baru nak kenal, terkenal dengan perosak. Aku ambil langkah untuk jauh dari manusia mulut perosak macam kau. Aku nak marah ? Tak usah lah. Aku bukan Allah ada hak nak nilai manusia itu salah, manusia itu betul. Aku takda hak !
Tapi, aku ada hak untuk pertahankan diri sendiri kalau sesuatu perkara yang bukan silapku, seboleh-boleh nak kata, ya itu salah kau. No No No. Aku bukan budak kecil yang boleh kau sogok dengan Lollipop. Kalau kau sogok dengan emas 999 pun aku tak mahu. Aku mahu keadilan. Atau kata Yuna, Ini tidak adil, tidak adil, tidak adil.
Sudahlah.
Kalau aku cakap panjang. Kau mahu menang. Ambil lah. Aku tak kisah. Takda award beribu nak bagi kat kau. Aku tak berduit macam kau. Cukup sekadar bila sudah sampai masanya, aku akan selesaikan.
Minta maaf banyak-banyak.
Aku juga manusia yang solat rongak.
Aku juga manusia yang sedekah lat-lat.
Aku juga manusia yang sumpah acah-acah.
Tapi aku sedang berusaha menjadi manusia yang mahu berubah.
Tak nak duduk bawah tempurung lama-lama.
Penat jadi orang bodoh.
Nak jadi pandai sikit.
Yang penting, aku tetap sayang mereka dibawah. Mereka lah nyawa.
Buat arwah ayah,mama,abang2,kakak saya,
saya mohon maaf kalau saya ni menyusahkan.
Tapi saya cuba untuk perlahan-lahan tidak menyusahkan kamu semua.
Buat keluarga baru saya,mak,kakak2,abang,'adik2' ,
saya mohon maaf kalau saya ni menjengkelkan.
Tapi saya cuba untuk tidak rasa ganjal untuk mendampingi kamu semua.
Buat suami,
Kau tahu siapa aku, aku tahu siapa kau. Rosak kau, rosaklah aku. Sama-samalah kita berjalan. Susah sepuluh sen, kita gandakan jadi sepuluh ringgit. Insyaallah, kita doa sama-sama.
Untuk sahabat, semoga berbahagia dunia akhirat. Aku doakan.
Fuhh. Fuhh. Fuuh...
Friday, May 18, 2012
Monday, May 14, 2012
Teringin by Shima
Melewati hatimu yang dingin
Mendengar keluh resah
Semenjak kau kehilanganku
Tiap kali ku cuba hampiri
Makin deras degup jantung ini
Diranjang kian sepi
Ku sendiri...
Sesungguhnya tewas menghadapi
Malah ku akui sepi menghantui
Paling tidak berilah peluang
Ku berterus terang
Adakala ku rasa teringin
Bermesra denganmu bagai waktu dulu
Tapi bilakah semua ini
Akan jadi pasti bukan lagi mimpi
Kasihani diriku...
Ku wanita dengan airmata
Bukan untuk meminta simpati
Sekadar melepaskan
Rasa hati....
Ku mengharapkan...
Jendela hati...
Terbuka lagi...
Oh.. oh.. oh...
Friday, February 24, 2012
Perlu ke insaf muda2 ?
Perlu rasa pergi clubbing, minum arak,khayal ectasy.
Baru hidup.Kalau tak, tak masyuk la. Kan?
cecah 40 baru boleh taubat.Rileks la. Sekarang baru
20++, 30++, belum cecah 40. Hahaha.
Lepas tu, susah sebab nak kenagosok la whatever bla and bla.
Hati tak sampai lagi seru, so what for pakai kan? Ikhlas ke
tak ikhlas ke, itu antara kita dengan Allah. So what ?
Dosa aku, dosa aku. Dosa kau, kau tanggung sendiri.
mana dan nak beralim2 sangat.Ramai je kan orang tak
insaf-insaf lagi. Still ada yang berzina lagi. Even mereka
buat jahat pun,mereka tetap kaya-raya. Hidup bahagia.
Sentuh zahir yang bukan muhrim pun standard.
Kolot la kau ni.
Kau siapa ? Family aku pun tak bising,kau nak bising apa
pasal ? Suka betul nak jaga tepi kain orang.Peduli la orang nak
kata apa.Duit pakai makan aku cari sendiri.
Kau siapa nak tegur2 aku? Malaikat ?Nabi ?
Saturday, February 4, 2012
Hukum menghisap Shisha untuk perempuan.
Friday, February 3, 2012
Cerita kau kawan.
Cinta Balik
Dia tu baran.
Dia tu suka mencarut.
And so on.
Kenapa?
Kenapa masih nak bersama kalau sengsara lebih banyak dari bahagia?
Kenapa masih nak kan dia kalau hanya kau je yang nak gembira dan bahagiakan dia?
Sebab orang-orang macamni dia hanya fikirkan saat bahagia mereka berdua. Bila bergaduh, tercuit sana sini, bila dia ingat masa dia bahagia, semua sakit hati dan sumpah seranah yang dia carut dalam hati boleh hilang dan dia senyum kembali.
Padam terus rasa marah.
Rasa menyampah.
Tapi selalunya orang yang ditatang bagai minyak wangi yang penuh ni tak pernah nak hargai pun. Sebab dia tau kau sendiri akan datang balik, maafkan, lupakan dan buat-buat tak ada apa jadi. Mulakan hubungan seperti sedia kala. Kemudian, gaduh balik. Ungkit balik yang kes gaduh sebelum ni. Merajuk sejam dua minit. Text balik. Tak balas. Call. Tak angkat. Menangis. Start kereta. Terus pergi rumah dia. Merayu. Minta maaf (walaupun sebenarnya bukan salah kau pun) Peluk-peluk. Menangis. Senyum.
And it goes.
Dalam setiap hubungan lelaki dan perempuan, hanya mereka berdua saja yang saling tahu baik buruk mereka. Kalau dia baran macamana sekali pun, mungkin dia manusia paling sweet dan romantik yang pernah kawan kau jumpa. Kalau dia suka mencarut pun, mungkin dia manusia paling selalu ada masa kawan kau susah tak ada duit dan sebagainya.
Ingat saat bahagia.
Untuk tutup perangai buruk dia yang ada kat kepala.
Walaupun ia sekadar alasan untuk terus kekal bersama, yang pasti mereka berdua je yang tau macamana nak handle pihak yang lagi satu. Dan kita yang sebagai pendengar ni hanya boleh dengar dan nasihat asal boleh. Nak menyelesaikan masalah depa tu memang tak eh.
And of course,
Sebab cinta dan sayang.
:)
credit susudalambotol
KHAIRUL FAHMI PUTUS CINTA? SIAPA LEUNIEY?
Khairul Fahmi Apex Putus Cinta Dahlia Teck Untuk Leuniey? Penjaga gol kebangsaan yang juga selebriti terhangat Khairul Fahmi Che Mat, digosipkan putus cinta buat sesekian kalinya. Jika sebelum ini beliau putus tunang dengan Elia Jejari Runcing, kini beliau dikatakan memutuskan hubungan pula dengan Dahlia Teck... wanita yang memberikan kejutan hari jadi untuknya baru-baru ini.
Seperti biasa, ini hanya gosip. Anda tidak perlu percaya 100%. Untuk membaca sendiri tweets dari pereka akaun Twitter @MahsiH2, anda boleh KLIK DI SINI.
kredit: myartis.com
Tuesday, January 31, 2012
Masa tu. Masa muda
Boleh tak masa tu masa muda aku boleh buat segalanya. Serius.
Aku boleh tagak muka aku depan pasar malam. orang lalu-lalang bagi flyers.
Sebab nak promote punya cerita. Masa tu masa muda. Aku sanggup. Asalkan aku dapat upah. Aku bukak meja cerita pompang pomping. Cerita kebaikan tiada keburukan. Masa tu masa muda.
Siang kerja di kandang haiwan, malam aku kerja di pasar malam. Ok itu hina.
Tapi, pada aku ianya tidaklah begitu hebat, kalau nak cerita pompang memang bagi kat aku. Aku tau itu. Aku sedar. Jangan nak membalikkan cerita. Aku sedar dari dulu. Cuma tak terluah.
Kerana apa?
Kerana mencari rezeki.
Aku sanggup letak benda tu di merata-rata tempat sebelum aku sampai ke pasar malam. Aku letak dekat cermin kereta orang, Pernah kena maki. Aku pekakkan telinga. Aku peduli apa. Aku nak promote Pusat Tuisyen yang pernah aku kerja dulu dan sekarang mereka buang aku macam sampah. Sial.
Kerana apa ?
Kerana mencari rezeki.
Aku memang tengah rapuh gila sekarang. Emosional aku tahap gaban sekarang. Sumpah aku tak tipu.
dan aku percaya dengan dunia ni bertingkat-tingkat.Kesilapan adalah realiti kehidupan yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu. Aku trauma.
Tiada siapa berhak mengucap kau gagal, melainkan diri kau sendiri.
#isu semasa membungkam diri.
Monday, January 30, 2012
Hati yang tidak dipedulikan
Thursday, January 26, 2012
150 juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”
Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu
“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”
Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi
Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata
“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”
“Saya kenal sayang saya”
Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua
Monday, January 23, 2012
Money Drop MY
Walaupun aku dapat no.475 main yang secara langsung semalam. Kau ada ?
HAHAHAHAHA .
Thursday, January 19, 2012
Stalker For you.. yes you !
Ahah. Dunia ni kecil bukan ?
Kepada Stalker,
Terima kasih kerana membuka tulisan aku.
Ahah. Tak sangka.
Aku tahu. Mesti kau ada rasa iri hati pada aku bukan ?
Manakan tidak kau belek tulisan aku.
Ahah. Tak mengapa.
Silakan stalker aku sampai mati.
Yang penting,
Aku tahu.
Penangan aku yang "dulu" membuatkan kau merasakan tercabar.
Kau mengaku sajalah ya.
Sekarang aku mahu gelak besar untuk kau.
HAHAHAHAHAHA.
Stalker, you ! YES YOU !
Thank you for being my stalker. I'll appreciate it so much.
Muah Muah untuk kau.
Sekian.
Wednesday, January 11, 2012
Yuna - Terukir Di Bintang
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu
Khezmi Amir Muhid, Bila nak buatkan lagu tuk saya ? Janjikan semalam ? Ma tuntut ni ye ! :)
Thursday, January 5, 2012
Menyesal
aku menyakiti mu.
Aku mengecewakan mu.
Bahkan, aku sia2kan hidup kau.
Dan aku bawa Kau seperti diri aku.
Walau hati aku menangis,
menahan kesakitan ini,
tapi aku lakukan semua ini demi cinta.
Akhirnya juga aku harus relakan,
kehilangan cinta sejati aku.
Segalanya aku berikan,
juga semua kekuranganku
Jika,
memang ini yang terbaik,
untuk diri aku dan kau,
kan aku terima..
semua demi cinta.
Jujur,
aku tak kuasa !
Saat terakhir aku genggam tangan kau
Namun,
yang pasti terjadi,
ku tak mungkin bersama lagi.
Bila nanti esok hari,
Ku temukan dirimu BAHAGIA,
izinkan aku titipkan..
sisa cinta kita
selamanya...................
*Adaptasi;Demi cinta, Kerispatih.
Tuesday, January 3, 2012
2012
+ Anak Lelaki. Mungkin
+ Pusat Tuisyen. Sedang
+Hutang yang tertunggak. Sedang
+Klinik Motor. Mungkin Februari
+Kereta diperbaharui. Mungkin
Ini pelan aku untuk 2012. Semoga ianya menjadi kenyataan, bukan sekadar mimpi ke bintang.
Amin.