Tuesday, June 19, 2012

Kisah lama.

Posted by tyka dins at 2:01 PM 0 comments
Aku punya 1001 kisah lama yang masih menghantui hidup.
Kalau-kalau yang kau pernah nampak,
mungkin 1% daripadanya.
selebih 99% aku masih simpan dalam jantung.
Tak mahu usik.
Kalau aku usik, habis satu dunia tahu.

Kisah lama aku, yang barunya datang menghimpit untuk tahu kisah lama.
Kenapa yang baru tak boleh jadi macam aku?
Cara aku, pergi mampus.
senangkan?

Kenapa perlu nak ambil tahu kisah-kisah lama?
Mahu jadikan santapan pun bukan ke itu perit?
Perlu ke kisah lama itu dijadikan isu.

Buat kau,
aku dah lupakan segalanya.
dan jangan pula kau perasan,
yang aku maksudkan kau itu kau.
Aku kenal ramai orang.
Bukan dengan kau saja.
Faham bukan?

Kenapa kau tak boleh jadi macam aku,
ignore everything.
Kenapa?

Kenapa perlu masih tertanya-tanya akan hal kehidupan aku.
Apa yang aku tulis.
Apa yang aku gambarkan.
Apa yang aku luahkan.
Kenapa?

Dendam?
Dendam apa lagi manusia?
Aku tak pernah nak simpan sekelumit dendam langsung.
Aku sudahi dengan Alhamdulillah semuanya.
Boleh kau ikut cara aku?
Alhamdulillah aku ulang semula.

Sudah-sudah la kisah lama,
kalau kau rasa dosa yang kau buat tak terampun,
mari sini aku bisik,
aku maafkan....
Jujur.
Aku ikhlas.

Demi Allah,
aku redha.






Cerita palsu kau.

Posted by tyka dins at 1:50 PM 0 comments
Seperit mana pun hidup,
dalam dompet ada 20 sen sekali pun,
Jangan kalah.
Harus kuat.

Persetankan orang nak kata apa.
Dia ni apa dia buat dengan duit dia?
Jangan soalkan.
Serius.
Sebab kau tak tahu keperitan hidup dia.
Kau nampak dia happy.
Kau nampak dia ketawa.
Tapi ada kau nampak dia menangis ceruk gelap mengenang nasib?
Bukan minta simpati,
cuma mahu sudahkan.

Tolonglah.
Aku bukan senang.
Mungkin itu dulu.
Cuma, cukup-cukup makan.
Tapi aku tetap bersyukur.
Aku masih mampu bekerja.
Aku masih mampu menanggung segala beban.
Aku masih mampu pekakkan telinga.

Sedangkan aku ada sejuta benda belum diselesaikan.
Masalah kan aku ni?
Mungkin.
Biarlah.
Aku tak peduli.
Hidup aku.
Susah aku.
Kau ada?

Kau tahu nak kenang cerita lama,
dendam lama.
Tapi kau tahu tak,
aku nak buang cerita-cerita dulu susah?
Ada kau tahu?
Kau tahu aku ni pengkhianat.
Kononnnya.

Bangkai.

Manusia macam kau lebih elok mati daripada wujud dalam dunia.
Perosak.
Muka baik tapi hati busuk.
Perangai macam haram.
Tudung kau boleh campak.
Silakan.

Pesan aku,
Jangan tambah kesusahan aku yang ada ini dengan cerita palsu kau.
It's over.

Monday, June 18, 2012

Tiada kata untuk kau.

Posted by tyka dins at 2:43 PM 0 comments
Hari ini 18 haribulan.
Genap setahun sahih hubugan 'halal tanah melayu' aku dan kau.
Tiada hadiah yang lumayan untuk diberi dan dibagi.
Masing-masing malu untuk ungkapkan hal tarikh ini jam 1.00pagi tadi.
Masing-masing main handphone buruk masing-masing.

Sekali aku bilang,
woi, happy anniversary la woi. takda perasaan ke?
tak ingat eh?

Dia bilang,
sengaja aku diamkan. Aku nak tengok reaksi kau.

Ahai.
Aku pulak yang terkena. Okey, Aku dah cakap happy annyversary. Bye, nak tido.
Kejamkan aku?
haha.

Dia diam.

Tiba-tiba,
dia bisik happy anniversary jugak. i love you.
lepas tu sambung main game fishing.

Aku?
Suka tapi aku buat-buat tidur.
Sampai pukul 5 30pagi tadi,
aku bangun,
mandi,
gi sekolah, eh perasan, gi kerja.
pungut cukai.
Jangan kata kerajaan takda duit. semua kata pembangkang bohong belaka.
ape merepek ni?
Hahaha.

Aku cakap dengan dia takda hadiah ke?
selalu bagi popcorn kalau takda duit.
Oh.
dia bilang,
takda.

Ok. Aku faham.
Takpa lah,
aku pun takda duit.
hahaha.

Jadi, mari kita masak nasi lemak untuk raikan nya.
Eh bukan kita, tapi dia. Aku errr errr err. Aku tak seteror dia bab-bab masak.
Harap maklum.
Aku sambung menjahit manik yang tak siap-siap.

Fuhh Fuhh Fuhh.

Thursday, June 14, 2012

cerita A B dan C

Posted by tyka dins at 3:31 PM 1 comments
thesis statement aku hari ini:


------------------------------



orang cuma dengar APA yang mereka NAK dengar.

orang cuma lihat APA yang mereka NAK lihat.

orang cuma baca APA yang mereka NAK baca.





defense:

-----------



1)

aku kata A.

orang faham B.

orang marah aku.

bila tanya "siapa kata B?"

orang kata aku degil.

tak makan nasihat.



soalan.

BILA aku kata B?



2)

aku tulis A ketika aku kiaskan B.

orang cuma nampak A.

yang setuju dengan apa aku kata tentang A akan puji2.

yang setuju dengan apa aku kata tentang B akan julang tinggi.

yang tak setuju2-- maki2 dan caci2.



penyataan.

PEDULI APA aku kau setuju tidak apa aku rasa.

aku menulis APA aku rasa.



3)

aku cakap A.

A itu aku.

rupa2nya ramai yang A juga.

tersinggung hati.

perasan aku kata dia.



soalan.

kau SIAPA?







kesimpulan

-------------



BENARLAH--

orang cuma dengar APA yang mereka NAK dengar.

orang cuma lihat APA yang mereka NAK lihat.

orang cuma baca APA yang mereka NAK baca.







maka

------



janganlah perasan SEMUA BENDA dalam dunia ini berkisar tentang engkau SAHAJA.



kalau kau cari diri engkau dalam status2 manusia keliling--

kau MEMANG akan jumpa.



sebab kita manusia.

dosa kita,

pahala kita;

LEBIH KURANG sama.

cuma aplikasinya di lain2 situasi dan masa.



berhenti merasakan SEMUA BENDA adalah tentang kita.

credit to kak fyn.

Monday, May 21, 2012

Mulut orang perosak, aku binasa.

Posted by tyka dins at 10:46 AM 0 comments
Aku mahu mati. Sambungan pada yang bawah.

Mahu mati sebab sudah takut mahu berdepan dengan manusia.
Sesungguhnya ALLAH memang aku takut sentiasa.
Hal ini aku mahu cerita hal manusia.
Aku lebih takut pada manusia dari hantu. Atlist hantu tak kacau hidup aku. HAHA.
Sini dengar,
bukan mahu riak atau apa. Pasal duit tolak tepi. Semua orang hidup berhutang. Hutang dengan Allah, hutang dengan semua. bukan ?
Aku jadi lebih takut sebab perkara-perkara yang ingin sekali aku hindari kembali datang menghantui kehidupan aku yang porak-peranda ini. Sejak sekolah hingga sekarang tak habis-habis dengan perkara ini. Sehingga aku rasa mahu mati. Mahu mati. Biar puas hati. Bukan aku nak kata aku perlu berlagak alim, "berdoalah pada tuhan mu untuk menghindari segala penyakit tentang perkara ini," tapi ya lah, aku manusia hina trang tang tang, aku jadi malu untuk tiba-tiba minta dikasihaniNYA. tapi aku masih mencuba mencari keredhaanNYA. ok itu juga tolak tepi sebab itu memang aku sudah faham maksudnya.tak perlu terang.

Ini kita cerita lain. Kita berbalik pada cerita tentang perkara itu. Sampai mana kesudahannya kalau aku terus berdiam dan makin lama makin orang injak-injak kepala aku. Benda yang aku tak pernah buat, seboleh-boleh nak kata aku lah segala punca. Sama juga zaman aku merintih ke universiti, aku khabarkan rahsia pada 1 orang, tapi tiba-tiba semua orang lagak tahu. Malu aku. Malu. Tapi, aku tutup muka dan lari kata pada diri, "biarlah apa yang sudah jadi, mulut manusia. Itu adat, bak kata pepatah, Disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga" Aku jadikan pedoman dalam diri, berhati-hati apabila berbicara. Bukan apa, aku cuma mahu mengurangkan dosa-dosa si penista. Kerana aku juga manusia yang tidak lari dari berkata-kata.

Lain pula kali ini, tiada angin tiada ribut. Aku pula jadi mangsa kerana pemangsa. Aku juga. dan aku juga. Penat juga mahu jadi budak baik kan? Aku gelak sikit. HAHA. Baik ke aku? Tak baik. Aku saja nak kata aku budak baik. Biar aku perasan sendiri. Orang lain mana mahu nak appreciate.

Betul lah kata malik bekas penyanyi  too phat.
Satu fakta dua penipuan

Yang pertama kita ambil dua buang
Kenapa mengeluh
Dengar cerita lagi dah jenuh berkali-kali
Komplikasi dalam komunikasi jadi konfrontasi
Mulut orang perosak reputasi pembunuh motivasi
Mereka pakar fabrikasi modifikasi
Di depan senyum belakang dengki
Yang cemburu mungkin teman kita sendiri
Siapa tahu

Sampai ke tua juga lah aku perlu berhati-hati bila berkata-kata. Bukan apa, aku takut dengan manusia jenis macam ni lah. Takut sangat. Sebab kan satu, jadi sepuluh. Mengucap panjang ya tuhan. Yang betul, semuanya salah, yang salah semuanya betul. Aku nak tanya lah, seronok ya lihat manusia bertelagah sesama sendiri ? Seronok ya ? Seronok kan ? Tiada bahan jadi bahan. Kategori manusia jenis apakah ? Sumpah aku tak faham dan aku tak nak faham malah aku mahu jauh tinggalkan manusia jenis-jenis parasit. Supaya dosa-dosa aku yang sudah dan semasa ini tidak bertambah-tambah. Sudahlah aku ini hina, bertambah hina lagi dengan mulut perosak dengan berdamping dengan manusia kenis-jenis parasit.

Come on, get your life aaa. Apa rasa kalau diri sendiri jadi bahan makan saji orang ? Sakit kan ? Bukan mahu menjaga tepi kain orang, tapi cara yang dipaparkan tidak sesuai untuk tatapan umum. Lain lah kalau diri itu para anbiya' ataupun ahli kitab yang boleh aku sanjung melangit, jauh sama sekali aku mahu menyanjung manusia jenis parasit.

Sudah-sudahlah, walau umur aku baru menjejak dunia, cukup sudah bukan aku mahu banggakan diri. Cukup sudah aku sedar mana layak nya aku di bumi Allah yang tak lama lagi akan hilang di tiup fuhhh fuhhh.
Aku sedar aku bukannya berada, aku sedar aku bukannya hamba Allah yang patut dibanggakan, aku sedar aku ini juga manusia biasa yang berlari mencari pahala dalam kesinisan dosa. Subhanallah. Sungguh malu aku mahu mengaku aku ini hambaNYA. Malu.

Aku cerita bukan sengaja. Sebab sudah kena berkali-kali. Kali ni aku tak tahan sebab aku tak salah. Memang aku tak salah. Sebab aku tak pernah nak usik, cerita, gosip, perihal kau. Serius. Sebab aku pernah terkena dulu, jadi aku tak nak benda yang baru nak kenal, terkenal dengan perosak. Aku ambil langkah untuk jauh dari manusia mulut perosak macam kau. Aku nak marah ? Tak usah lah. Aku bukan Allah ada hak nak nilai manusia itu salah, manusia itu betul. Aku takda hak !

Tapi, aku ada hak untuk pertahankan diri sendiri kalau sesuatu perkara yang bukan silapku, seboleh-boleh nak kata, ya itu salah kau. No No No. Aku bukan budak kecil yang boleh kau sogok dengan Lollipop. Kalau kau sogok dengan emas 999 pun aku tak mahu. Aku mahu keadilan. Atau kata Yuna, Ini tidak adil, tidak adil, tidak adil.

Sudahlah.
Kalau aku cakap panjang. Kau mahu menang. Ambil lah. Aku tak kisah. Takda award beribu nak bagi kat kau. Aku tak berduit macam kau. Cukup sekadar bila sudah sampai masanya, aku akan selesaikan.
Minta maaf banyak-banyak.
Aku juga manusia yang solat rongak.
Aku juga manusia yang sedekah lat-lat.
Aku juga manusia yang sumpah acah-acah.
Tapi aku sedang berusaha menjadi manusia yang mahu berubah.
Tak nak duduk bawah tempurung lama-lama.
Penat jadi orang bodoh.
Nak jadi pandai sikit.


Yang penting, aku tetap sayang mereka dibawah. Mereka lah nyawa.
Buat arwah ayah,mama,abang2,kakak saya,
saya mohon maaf kalau saya ni menyusahkan.
Tapi saya cuba untuk perlahan-lahan tidak menyusahkan kamu semua.

Buat keluarga baru saya,mak,kakak2,abang,'adik2' ,
saya mohon maaf kalau saya ni menjengkelkan.
Tapi saya cuba untuk tidak rasa ganjal untuk mendampingi kamu semua.

Buat suami,
Kau tahu siapa aku, aku tahu siapa kau. Rosak kau, rosaklah aku. Sama-samalah kita berjalan. Susah sepuluh sen, kita gandakan jadi sepuluh ringgit. Insyaallah, kita doa sama-sama.

Untuk sahabat, semoga berbahagia dunia akhirat. Aku doakan.


Fuhh. Fuhh. Fuuh...


Friday, May 18, 2012

Mati

Posted by tyka dins at 12:25 PM 0 comments
Aku rasa mahu mati.

Monday, May 14, 2012

Teringin by Shima

Posted by tyka dins at 8:08 AM 1 comments
Sesekali ku rasa teringin
Melewati hatimu yang dingin
Mendengar keluh resah
Semenjak kau kehilanganku

Tiap kali ku cuba hampiri
Makin deras degup jantung ini
Diranjang kian sepi
Ku sendiri...

Sesungguhnya tewas menghadapi
Malah ku akui sepi menghantui
Paling tidak berilah peluang
Ku berterus terang

Adakala ku rasa teringin
Bermesra denganmu bagai waktu dulu
Tapi bilakah semua ini
Akan jadi pasti bukan lagi mimpi
Kasihani diriku...

Ku wanita dengan airmata
Bukan untuk meminta simpati
Sekadar melepaskan
Rasa hati....

Ku mengharapkan...
Jendela hati...
Terbuka lagi...
Oh.. oh.. oh...
 
 
dah lama tak update tiba-tiba nak post lagu ni. apesal ntah. hahahaa.  selamat pagi !
 

DUNIA AKU TIADA LIMIT Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos